Dinobat Rancangan Agama Radio Terbaik, Suria FM julang trofi di Anugerah Seri Angkasa 2024


  • Hiburan
  • Ahad, 27 Okt 2024

Suria FM merangkul trofi ASA 2024 bagi kategori Rancangan Agama Radio Terbaik.

PROGRAM '30 Hari Mencari Cinta Ilahi' berjaya mengangkat Suria FM sebagai Rancangan Agama Radio Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa 2024.

Diterbitkan oleh Farhana Najlaa, program yang dijalankan bersama Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa itu mengangkat tema cinta dan pengabdian kepada Tuhan yang disampaikan melalui perkongsian rohani, tazkirah, dan pengalaman kehidupan masyarakat.

Kejayaan itu membuktikan keupayaan Suria FM dalam menyampaikan mesej keagamaan dengan pendekatan yang lebih dekat kepada pendengar.

BACA LAGI: ‘Abang lori' antara 50,000 pengunjung serbu Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire di Kota Bharu

BACA LAGI: [VIDEO] Idam 3 anak sebelum usia 30, Tya Arifin dedah pernah keguguran ketika bercuti di Turkiye

photo_2024-10-27_09-17-17

DJ Lin (kanan) mewakili Suria FM ketika menerima trofi kemenangan pada Anugerah Seri Angkasa 2024.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin, menyatakan rasa syukur dan terima kasih atas kemenangan tersebut.

“Kemenangan ini adalah hasil usaha gigih Suria FM, terutamanya penerbit Farhana Najlaa dan semua yang terlibat dalam penghasilan program ini.

"Program '30 Hari Mencari Cinta Ilahi bersama Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa' bukan sahaja berjaya mendidik hati, tetapi juga berjaya menyentuh perasaan para pendengar.

"Anugerah ini adalah penghargaan atas komitmen kami dalam menghasilkan kandungan yang bermanfaat, relevan, dan bermakna untuk masyarakat," katanya pada majlis malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa (ASA) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Sabtu.

photo_2024-10-27_09-17-31

Suria FM dinobat sebagai Rancangan Agama Radio Terbaik pada ASA 2024.

Anugerah Seri Angkasa (ASA) merupakan acara berprestij dalam industri penyiaran Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi.

Anugerah itu diberikan kepada program dan personaliti penyiaran terbaik di Malaysia dan pemenang ditentukan sepenuhnya oleh panel juri profesional berdasarkan kualiti produksi, kreativiti, serta impak kandungan.

Sebanyak 60 kategori dipertandingan pada tahun ini iaitu 40 kategori televisyen, kategori radio (16) dan kategori media baharu (4).

Gembira di atas pengiktirafan tersebut, Suria FM akan terus komited memberikan yang terbaik kepada para pendengar dengan pelbagai program berkualiti tinggi serta berinformasi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia:

Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram