[VIDEO] Degil nak berselfie, suami terkorban depan mata isteri, maut 'ditelan' ombak kuat di Bali


  • Benua
  • Ahad, 27 Okt 2024

Tangkap layar insiden kematian membabitkan seorang pelancong warganegara India yang maut dihanyutkan ombak di Bali, Indonesia pada Rabu.

SEORANG pelancong lelaki dilaporkan maut selepas dihanyutkan ombak kuat yang melanda di tebing pantai Nusa Penida, Bali, Indonesia pada Rabu.

Kejadian difahamkan berlaku ketika mangsa sedang leka berswafoto bersama isterinya di kawasan tersebut.

Meskipun pemandu pelancong telah memberikan amaran untuk tidak mendekati kawasan tebing berbahaya itu, namun kedua-dua pasangan suami isteri berasal dari Kolkata, India tersebut tetap berdegil untuk merakamkan kenangan di situ.

BACA LAGI: [VIDEO] Juruterbang antara korban tragedi 2 pesawat bertembung di Australia

BACA LAGI: [VIDEO] Penduduk berang lembu berkeliaran di Sabak Bernam punca kemalangan maut, minta 'tuan' tampil bertanggungjawab

Akibatnya, pelancong berkenaan terjatuh dan suaminya, Nilesh Mukhi, 59, dilaporkan hilang selepas dihanyutkan ombak besar tersebut.

Namun, isterinya sempat berpaut pada salah sebuah batu di situ dan diselamatkan oleh beberapa individu ketika kejadian.

Menurut sebuah badan ejen pelancongan Indonesia, Presiden Agensi Pelancongan Skal International, Amin Asghar mengesahkan insiden terbabit dengan pasangan pelancong itu dikatakan berdiri terlampau dekat dengan kawasan tebing berbahaya untuk berswafoto.

"Memandangkan cuaca sekarang tidak menentu, laut agak bergelora dan ombak besar sukar diramal, maka ia telah mengheret Mukhi ke dalam laut," katanya.

Mayat mangsa berjaya ditemukan pasukan keselamatan keesokan harinya di sekitar pantai Nusa Dua yang terletak kira-kira 12 batu dari lokasi asal.

Untuk rekod, kejadian serupa pernah berlaku pada 2018 apabila seorang warga negara China, Qiuwei Anhui, 46, dihanyutkan ombak deras dan dilaporkan maut ketika berswafoto di lokasi berkenaan.

Sementara itu, pasangan suami isteri warga Australia turut menerima nasib sama apabila dipukul ombak besar dan ditemukan mati pada keesokan harinya pada 2016. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram