SIAR: 'Nak pesan mata awak', selain Janji Diana, watak Azroy dalam Gila Gila Remaja masih digelar ikonik filem permotoran retro


  • Hiburan
  • Khamis, 24 Okt 2024

Amy Search (kiri) dan Rosyam Nor ketika membintangi filem Sayang (1987).

DUNIA permotoran sememangnya diminati ramai khususnya golongan lelaki yang berjiwa lasak dan gemarkan kelajuan di atas tar.

Pengaruhnya yang cukup besar turut menyumbang kepada industri perfileman tanah air apabila ramai pembikin filem menjadikan kenderaan pacuan dua roda itu sebagai tema dalam sesebuah naskhah.

Meskipun sering terpalit dengan kontroversi lumba haram dan jenayah, elemen permotoran tidak pernah berhenti daripada menghiasi layar perak negara sejak era 1980-an.

BACA LAGI: Batik Malaysia ‘mendonia’ angkara Venom, tapi netizen siap tanya chatGPT buktikan batik asal Indonesia

BACA LAGI: [VIDEO] Asalnya kumpulan nasyid, ‘Di Renjis-Renjis’ versi rock metal jadi identiti muzik CSE Buskers

Mencetuskan fenomena dalam dunia hiburan tanah air satu ketika dahulu, beberapa karya filem pecah panggung pernah mengangkat dunia permotoran sebagai tema utama di samping pelakon-pelakon hebat yang membintangi watak utamanya.

1. Sayang

Dibintangi penyanyi rock tersohor negara Amy Search, filem arahan Pansha pada 1987 ini merupakan antara filem terawal yang mengetengahkan elemen permotoran di layar perak.

Motosikal jenis 'superbike' menjadi kenderaan utama sepanjang filem itu dimainkan dengan beberapa lagi watak lain turut menunggang kenderaan berkuasa tinggi tersebut.

Datuk Rosyam Nor, Sabre Fadzil dan Raja Ema merupakan antara watak utama yang menghiasi filem tersebut.

Merupakan filem ketiga Amy sejak mula terjun ke dalam dunia lakonan, Sayang menjadi detik perkenalan penyanyi itu dengan hero malaya, Rosyam Nor apabila pertama kali digandingkan dalam sesebuah naskhah.

2. Janji Diana

Filem aksi romantik arahan Datuk Yusof Haslam pada 2003 ini menaruhkan gandingan Rosyam Nor dan Erra Fazira sebagai watak utama.

Aksi perlumbaan motosikal menjadi salah satu babak utama dalam filem berkenaan hasil lakonan Faizal Hussein yang sememangnya terkenal dengan gelaran 'mat rempit sejati' dalam kalangan penunggang di luar sana.

photo_2024-10-22_23-09-06

Erra Fazira sebagai watak utama dalam filem Janji Diana (2003).

Erra Fazira yang pada ketika itu memegang takhta pelakon tercantik negara meraih pujian ramai apabila turut mempamerkan skil menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Janji Diana memperoleh kutipan RM800,000 dalam tempoh seminggu tayangan perdananya dan RM1.8 juta selama 12 hari ditayangkan di pawagam sekali gus membuktikan eleman motosikal mampu menjadi faktor tarikan penonton.

3. Gila-Gila Remaja

Siapa sahaja yang tidak mengenali watak ikonik Azroy? Sebut sahaja nama itu, semua penggemar filem tempatan pastinya mengimbau kembali zaman kegemilangan Faizal Hussein dalam filem Gila Gila Remaja (1986).

Karya arahan Allahyarham Hussein Abu Hassan itu cukup sinonim dengan zaman remaja yang lazimnya menggemari permotoran dan sehingga kini, menjadi pengaruh pada pembikin filem muda di luar sana.

Berbeza dengan dua filem di atas, Gila Gila Remaja mempamerkan motosikal jenis scrambler yang menjadi kegilaan pada era tersebut.

Menunggang scrambler jenis Honda CRF 250L, motosikal itu menjadi saksi kegemilangan filem tersebut apabila ia turut diminati ramai dan menjadi tren dalam kalangan penunggang remaja sekitar era 1980-an.

Malah, dialog 'Nak pesan mata awak' yang dilafazkan Azroy (lakonan Faizal Hussein) dalam filem itu juga masih dijadikan pickup line sehingga sekarang meskipun sudah hampir 40 tahun Gila Gila Remaja ditayangkan. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram