Ezad Lazim tak terasa hati dengan Zinidin Zidan, diboikot hingga hilang jutaan pengikut sebelum 'comeback' bersama Ziga Mix


  • Hiburan
  • Selasa, 22 Okt 2024

Pempengaruh Zinidan Zidan kini dikenali sebagai seorang penyanyi di Indonesia.

PERNAH diboikot dan dikecam industri hiburan Indonesia, pempengaruh dan selebriti Zinidin Zidan, 27, satu ketika dahulu cukup hangat diperkatakan warga laman sosial.

Ia susulan tindakannya yang gemar menghasilkan video parodi dan mengajuk penyanyi lain dengan gaya lucu.

Namun, tindakannya itu kurang disenangi segelintir pihak yang mendakwa ia telah menjatuhkan imej seseorang artis ataupun penyanyi asal lagu yang dinyanyikan Zinidin.

BACA LAGI: [VIDEO] Guru vokal berbangsa India minat gila TokTi, dilabel pengganti Jaclyn Victor

BACA LAGI: [VIDEO] Peminat kanak-kanak tak pernah minta tanda tangan Kamal Adli, rindu zaman jadi hero 'Bio-Nik'

Vokalis kumpulan Kangen Band, Andika merupakan antara individu yang meluahkan kemarahan apabila mendakwa karyanya telah dipersendakan oleh pempengaruh berkenaan.

@backpacker_gabut Masukan pendapat anda netizen ! #zidantrisuaka #zidanhinakangenband #fyp #zidan #trand ♬ suara asli - Bosirul88 - Backpakcer Jack

Kesannya, hampir semua laman portal Indonesia menyatakan kecaman terhadap Zinidin kerana tidak menjaga sensitiviti dan maruah industri muzik negara berkenaan.

Dalam pada itu, penyanyi tanah air, Ezad Lazim juga pernah terpalit dengan kontroversi apabila lagunya, Mengintai Dari Tirai Kamar dinyanyikan semula oleh Zinidin.

Tidak cepat melatah, vokalis kumpulan Exists itu menganggap ia sebagai satu gurauan tidak disengajakan selain turut berterima kasih kerana menjadikan lagu tersebut kembali diminati ramai di Indonesia.

Selepas lama menyepi, nama Zinidin kembali meniti di bibir peminat apabila menubuhkan sebuah kumpulan muzik digelar Ziga Mix.

Terdiri daripada tiga ahli anggota, Zinidin tampil sebagai penyanyi dan penulis lirik bagi kumpulan yang baru ditubuhkan sejak September lalu itu.

Terbaharu, kumpulan itu baru selesai menjalankan siri jelajah ke beberapa daerah Selatan Kalimantan, Indonesia pada Sabtu lalu dengan sebuah album yang juga baru dilancarkan.

Sebelum kumpulan itu ditubuhkan, Zinidin mencipta nama sebagai penyanyi solo sejak tahun lalu dan kerap mengadakan persembahan sebagai pemuzik jalanan di sekitar Jakarta, Indonesia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram