KECOH di laman sosial apabila corak batik lukisan seorang pelukis tempatan, meraih perkongsian di laman Facebook syarikat perfileman antarabangsa, iaitu Sony Pictures pada Rabu.
Memaparkan lukisan watak dalam filem Venom, rekaan seni bercorak batik itu hangat diperkatakan dengan pujian melambung diberikan kepada pelukisnya, Arif Rafhan Othman.
Tidak cukup dengan itu, Sony Pictures menerusi hantaran berasingan di laman X, turut memuat naik sebuah lagi rekaan batik daripada Arif yang mempamerkan visual Venom bersama pelakonnya, Tom Hardy.
Nyata terpesona dengan corak batik tersebut, rata-ratanya menganggap ia sebagai satu pencapaian yang cukup membanggakan buat anak tempatan tersebut.
You’ve got to see it to believe it!
Combining the elegance of Batik with the ferocity of Venom creates an art form like no other.
Huge thanks to Arif Rafhan for the incredible artwork! #VenomTheLastDanceMY is exclusively in cinemas this 24th October! Get your tickets NOW! pic.twitter.com/QOqc2qCFSO
— Sony Pictures M'sia (@sonypicmy) October 16, 2024
Namun, di ruangan komen mula dihujani perbalahan sesama warganet yang tampil dengan pendapat masing-masing berhubung asal usul batik.
Turut dipenuhi komen dipercayai daripada warga negara Indonesia, salah seorang daripadanya menggunakan aplikasi pintar ChatGPT untuk mendapatkan kepastian.
Beberapa perkongsian warganet memaparkan bahawa corak batik sememangnya berasal dari Indonesia dan mencetuskan tanda tanya ramai berkaitan hal itu.
Salah satu perkongsian warganet di ruangan komen.
"Apa-apa pun kita jangan melawan, biar la orang nak kata apa yang penting pelukis itu kelahiran Malaysia," kata Hadi Khir.
"Sepatutnya yang dipuji pelukis itu, bukannya semua berbalah asal-usul batik Indonesia ke Malaysia, bukan dapat apa pun," ujar Ghazali.
"Dah agak mesti semua berebut pasal hak cipta batik, sokong jela mana-mana pun kita kan serumpun," tambah Nis Rahman.
Dalam pada itu, Arif turut aktif dalam menghasilkan lukisan-lukisan batik digital dengan pelbagai corak termasuklah simbol tembikai yang memberi simbol kepada Palestin serta gambar pemain badminton negara, Lee Zii Jia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram