Bukan lagi Superman, Henry Cavill cipta legasi adiwira baharu menerusi Voltron


  • Hiburan
  • Rabu, 23 Okt 2024

Pelakon Henry Cavill selama ini cukup sinonim dengan watak adiwira Superman.

WATAK adiwira Superman cukup sinonim dalam kalangan kanak-kanak mahupun dewasa yang meminati filem terbitan syarikat produksi DC Comics itu.

Diadaptasi daripada komik yang diterbitkan pada 1938, sehingga kini siri filem itu masih ditayangkan dengan pelbagai versi termasuk pelakon yang membintangi watak tersebut.

Meskipun kostum Superman pada mulanya dianggap pelik, namun penambahbaikan yang dibuat dari semasa ke semasa menyaksikan watak hero kegemaran itu semakin digilai ramai.

BACA LAGI: Batik Malaysia ‘mendonia’ angkara Venom, tapi netizen siap tanya chatGPT buktikan batik asal Indonesia

BACA LAGI: [VIDEO] Asalnya kumpulan nasyid, ‘Di Renjis-Renjis’ versi rock metal jadi identiti muzik CSE Buskers

Superman lakonan Henry Cavill, 41, antara yang paling diminati ramai dengan pelakon bertubuh sasa itu dikatakan cukup sinonim dengan adiwira tersebut.

Mula melakonkan watak itu sejak 2013, sebanyak lima buah siri filem Superman telah dibintangi Cavill dengan kali terakhirnya adalah menerusi The Flash (2023).

man-of-steel-2000-7e3a851feded4a548eb67714bd472500

Henry Cavill terkenal dengan lakonan adiwira Superman sejak 2013.

Terbaharu, Cavill bakal berwajah baharu apabila sah membintangi filem robotik Voltron pada 2025.

Merupakan filem sains fiksyen diadaptasi dari komik Jepun, syarikat produksi antarabangsa, World Events memberi nafas baharu dengan tajuk berbeza iaitu Voltron: Defender of the Universe.

Berkisahkan tentang lima juruterbang yang bertugas dalam pasukan batalion Robot Lions, Cavill dijangka memainkan salah satu watak utama sebagai pengemudi robot Voltron tersebut.

Peranan Cavill dijangka menjadi tunjang utama dalam filem berkenaan ekoran popularitinya yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Superman, diyakini mampu menyumbang kepada kejayaan Voltron.

Malah, sebilangan penonton turut menjangkakan Cavill versi Voltron mampu mencipta satu lagi fenomena francais hollywood seterusnya selepas Superman.

Merupakan filem aksi 'live action' pertama dihasilkan sejak 1980-an, Cavill membawa harapan seluruh syarikat produksi berkenaan yang mensasarkan filem itu mampu mencatat kutipan tinggi menewaskan Superman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram