[VIDEO] Venom tak duduk diam, muncul versi wayang kulit Kelantan selepas batik Malaysia 'mendonia'


  • Hiburan
  • Isnin, 21 Okt 2024

Venom: The Last Dance versi wayang kulit Kelantan meraih perkongsian ramai di laman sosial.

SYARIKAT perfileman antarabangsa, Sony Pictures sekali lagi mencuri tumpuan apabila memuat naik hantaran filem Venom versi wayang kulit Kelantan yang dihasilkan Persatuan Fusion Wayang Kulit.

Menggabungan elemen moden dan klasik, karya anak tempatan itu mencuri perhatian apabila dikongsikan oleh syarikat berkenaan pada Isnin.

Difahamkan, video tersebut merupakan jalinan kerjasama antara kedua belah pihak bersempena filem Venom: The Last Dance yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

BACA LAGI: Batik Malaysia ‘mendonia’ angkara Venom, tapi netizen siap tanya chatGPT buktikan batik asal Indonesia

BACA LAGI: [VIDEO] Asalnya kumpulan nasyid, ‘Di Renjis-Renjis’ versi rock metal jadi identiti muzik CSE Buskers

Mengambil masa lebih dua bulan untuk disiapkan, Fusion Wayang Kulit mengekalkan tradisi Kelantan dalam video tersebut dengan bahasa serta loghat negeri itu turut dikekalkan.

Terdahulu, Venom versi batik lukisan Arif Rafhan Othman turut mencuri perhatian apabila dikongsikan syarikat produksi filem tersebut.

Ia bagaimanapun dikritik rakyat Indonesia yang mendakwa batik sebenarnya berasal dari negara tersebut.

Sony Pictures menerusi hantaran berasingan di laman X pada Rabu, memuat naik sebuah rekaan batik daripada Arif yang mempamerkan visual Venom bersama pelakonnya, Tom Hardy.

Venom: The Last Dance merupakan filem rangkaian syarikat produksi Marvel yang bakal ditayangkan pada 24 Oktober nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram