[VIDEO] Peminat kanak-kanak tak pernah minta tanda tangan Kamal Adli, rindu zaman jadi hero 'Bio-Nik'


  • Hiburan
  • Ahad, 20 Okt 2024

Kamal Adli merupakan antara pelakon popular tanah air diminati ramai.

PERNAH mencetuskan fenomena satu ketika dahulu menerusi drama bersiri adiwira Bio-Nik pada 2009, pelakon Kamal Adli, kekal mewarnai industri hiburan tanah air menerusi pelbagai karya lakonan.

Bagi yang tidak mengetahui, individu kelahiran Pekan, Pahang itu memulakan kariernya apabila menjuarai rancangan realiti Hero Remaja 2007 dan banyak muncul sebagai watak utama dalam pelbagai siri drama.

Lebih sedekad berlalu, namanya kekal di persada industri hiburan negara dan selayaknya digelar antara 'Hero Malaya' popular yang tidak dimamah usia walaupun sudah menginjak ke angka 38 tahun.

BACA LAGI: [VIDEO] Didi rimas dicop tiru Bella Astillah, sedar ramai tak suka tinggalkan dunia pramugari

BACA LAGI: [VIDEO] Guru vokal berbangsa India minat gila TokTi, dilabel pengganti Jaclyn Victor

Malah, pelakon itu turut diangkat sebagai pelawak dalam dunia hiburan tempatan susulan kejayaannya dinobatkan sebagai juara Super Spontan Superstar 2017.

@fykamaira Replying to @fykamaira #trendingnewsmalaysia #tiktokmalaysia #inspirasiraya #experiment #agustd #haegum #moviemelayu #bionik #bionik #setmefree #lovestory ♬ Set Me Free Pt.2 - Jimin

Digelar pelakon versatil negara, boleh dikatakan hampir kesemua watak telah dilakonkan Kamal dengan kebanyakannya sebagai hero utama.

Terbaharu, Kamal meluahkan hasratnya untuk mencipta nama dalam kalangan peminat kanak-kanak.

Jelasnya, rata-rata peminatnya terdiri daripada kalangan orang dewasa namun agak tercicir dalam kelompok budak.

"Saya memang memasang impian untuk lebih dikenali dalam kalangan kanak-kanak pula selepas ini, yelah sejak dah ada anak satu ni risau pula kalau dia tak kenal bapa dia pelakon.

"Teringin nak berlakon filem kanak-kanak, tak pernah lagi ada budak yang datang minta tandatangan saya, itu la yang saya nak cuba.

"Melawak dah cuba jadi hero pun ya, saya nak budak-budak pula yang kenal saya," katanya kepada Majoriti.

67087a18d1c519668a3ada0d_DSCF9177_compressed-p-2000

Kamal Adli (tiga dari kiri) bakal muncul dalam drama Hikayat Bawang Merah Bawang Putih.

Dalam pada itu, buat julung kalinya Kamal bakal muncul dalam sebuah drama rantaian empat episod adaptasi daripada kisah dongeng Bawang Merah Bawang Putih tidak lama lagi.

Merupakan sebuah drama berkonsepkan muzikal komedi, siri dongeng itu bakal menemui penonton pada 21 Oktober di saluran Astro Ceria.

Menganggap ia sebagai permulaan baik untuk lebih dikenali dalam kalangan kanak-kanak, drama Hikayat Bawang Merah Bawang Putih itu turut dibintangi Nabila Huda, Amalina Arham, Lisa Surihani, Mira Filzah dan ramai lagi artis terkenal tempatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram