Bapa perbankan Islam Malaysia, Abdul Halim Ismail meninggal dunia pada usia 85 tahun


  • Massa
  • Ahad, 20 Okt 2024

Abdul Halim Ismail disahkan meninggal dunia pada pagi Ahad.

INDUSTRI kewangan Islam negara menerima khabar duka apabila mantan Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad, Datuk Dr Abdul Halim Ismail dilaporkan meninggal dunia pada usia 85 tahun pada pagi Ahad.

Berita itu disahkan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Bank Islam Malaysia Bhd.

BACA LAGI: ADUN Mahkota, Sharifah Azizah meninggal dunia pada usia 64 tahun

BACA LAGI: [VIDEO] Kerajaan Malaysia bagi tol percuma menjelang perayaan antara 3 isu yang paling dicemburui rakyat Indonesia

"Legasi Almarhum bukan hanya terbatas dalam dinding Bank Islam, malah menjangkau kehidupan ramai yang mendapat manfaat daripada usaha beliau untuk memperjuangkan kewangan Islam dan membolehkan segenap masyarakat mendapat akses penyelesaian kewangan yang diperlukan.

"Ini termasuklah industri Takaful, pengurusan dana amanah Islam, pembrokeran saham dan lain-lain," ciap hantaran tersebut.

Allahyarham yang juga merupakan Pengarah Urusan pertama Bank Islam, adalah seorang pemimpin yang berwawasan dan telah membentuk asas kewangan Islam di Malaysia sehingga digelar 'bapa perbankan Islam Malaysia'.

Dedikasi dan semangat perintis beliau telah memainkan peranan penting dalam membentuk perjalanan Bank Islam serta meninggalkan impak yang berkekalan dalam pembangunan industri kewangan Islam negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram