PENGURUS pasukan Manchester United, Erik Tan Heg memuji aksi dipamerkan anak buahnya selepas berjaya menewaskan Brentford dengan keputusan 2-1 di stadium keramatnya, Old Trafford pada Sabtu.
Menganggap pasukannya berjaya mendominasi permainan di babak kedua, tiga mata berjaya dikutip selepas kesemua taktikal dirancang berjaya terjemahkan di atas padang.
BACA LAGI: [VIDEO] Dah sarung jersi TFC, 2 ejen Terengganu cuba pancing prospek hangat Liga Super
BACA LAGI: [VIDEO] Gelaran ahli akademik tak halang Raygun cipta sejarah 'breakdance' di Olimpik Paris 2024
"Kami gembira dapat peroleh kemenangan, di United selain daripada kemenangan, kami memastikan agar penonton di stadium terhibur dengan aksi pemain.
"Kami melepaskan gol mudah pada babak pertama namun bangkit di separuh masa kedua dan terus menunjukkan semangat sebagai satu pasukan menerusi dua jaringan cantik," katanya.
Meskipun ia sekadar kemenangan kali ketiga diraih musim ini, Ten hag mahu terus mengutip tiga mata pada perlawanan seterusnya kelak.
Rasmus Hojlund (tengah) menjaringkan gol ketika menentang Brentford di Old Trafford.
"Tekanan sentiasa ada, kami perlu menang setiap perlawanan.
"Pasukan ini mempunyai kapasiti tinggi untuk menjaringkan gol cantik, dua gol hari ini sangat berkualiti tinggi dan para pemain semakin yakin di depan pintu gol.
"Pada permulaan musim kami gagal jaringkan sebarang gol maka semua memandang kami dengan negatif, jadi kemenangan ini satu kebangkitan yang akan diteruskan," ujarnya.
Dalam pada itu, Ten hag turut meluahkan kekecewaannya terhadap keputusan pengadil Sam Barrott yang mengarahkan Matthijs de Ligt keluar padang akibat kecederaan kepala.
Jelasnya, ia memberikan kelebihan buat pasukan lawan yang kemudiannya berjaya menjaringkan gol.
"Saya tak tahu kenapa pengadil mengarahkan pemain kami keluar padang pada saat genting, ia berlaku sebelum sepakan sudut diambil, jadi ia saat kritikal.
"Kepalanya cuma berdarah dan ia darah kering, kami bolos di saat kekurangan pemain dan ia tidak adil," tambahnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram