[VIDEO] 'Tak reti duduk diam', ramai kagum tugas 'floor manager' di sebalik lensa kamera TV


  • Hiburan
  • Jumaat, 18 Okt 2024

Perkongsian RTM berhubung tugas seorang 'Floor Manager' dalam sesebuah program televisyen.

SIAPA sangka di sebalik lensa kamera program televisyen, wujud seorang individu yang memikul tugas berat mengawal dan memastikan kelancaran sesebuah siaran.

Tugas itu dikendalikan oleh seorang 'Floor Manager' ataupun FM yang sentiasa memantau rapi segala persiapan sebelum dan selepas program televisyen dijalankan.

Meskipun sekadar bertugas di belakang kamera, peranan seorang FM sangat penting dan tidak boleh dilakukan sembarangan orang.

BACA LAGI: [VIDEO] Guru vokal berbangsa India minat gila TokTi, dilabel pengganti Jaclyn Victor

BACA LAGI:Shuib tambah duit nafkah, Watie kongsi suami dalam diam ambil iktibar kes Fattzura

Perkongsian video di Facebook Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Jumaat memaparkan tugas seorang FM yang jelas tidak semudah disangka.

Mengawal segala persiapan sesebuah rancangan televisyen termasuk pergerakan keluar masuk prop hiasan pentas, individu tersebut turut memainkan peranan terhadap penonton yang berada di set penggambaran.

Perkongsian itu meraih pujian warganet yang nyata kagum dengan tugas seorang FM susulan tanggungjawab berat dipikul.

"Mesti penat kan, tak duduk diam dari mula sampai habis program televisyen, kalau tak ada dia tak jadi la," kata Fadz Bahar.

"Anak perempuan aku kerja macam ni, kesian tengok dia ke depan belakang, ketepi tengah semua ada, nasib baik tak disuruhnya terbang," ujar Eza Eza.

"Memang tabik la tugas FM ni, bukan semua orang boleh buat, nampak dalam televisyen lancar je program tapi di sebaliknya ada yang tak duduk diam belakang kamera," tambah Yasin Jamal.

Dalam pada itu, RTM turut meninggalkan pesanan kepada orang ramai bahawa tugas seorang FM sangat mementingkan kriteria dan perwatakan garang kerana perlu memberikan arahan jelas dalam sesebuah program.

Namun, perlu diketahui bahawa segala arahan datangnya dari pihak penerbit yang sentiasa berkomunikasi dengan FM menerusi fon kepala. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram