SUDAH menjadi kewajipan buat seorang suami menyediakan nafkah isteri dalam sesebuah rumah tangga.
Pun begitu, jumlah yang perlu diberikan bergantung kepada kemampuan si suami yang umum ketahui memikul tugas berat dan tanggungjawab besar sebagai ketua keluarga.
Namun, perkongsian isteri kepada pelakon dan pelawak popular, Shuib iaitu Watie pada Jumaat mengundang perhatian ramai apabila difahamkan menerima duit perbelanjaan nafkah lebih tinggi daripada kebiasaan.
BACA LAGI: Dilantik duta rasmi PDRM FC, Amir Masdi bakal hasilkan lagu 'chant', podcast sembang bola
BACA LAGI: [VIDEO] Idam 3 anak sebelum usia 30, Tya Arifin dedah pernah keguguran ketika bercuti di Turkiye
Watie, 36, atau nama sebenarnya, Watie Hanifiah berkongsi perkara itu menerusi hantaran InstaStory yang memaparkan mesej perbualan bersama suaminya sebaik diberikan wang nafkah.
Jelasnya, Shuib menambah perbelanjaan nafkahnya susulan isu perceraian pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura yang hangat diperkatakan baru-baru ini.
Perkongsian hantaran di InstaStory Watie.
"Al hamdulillah, sejak kes Fattzura, suami up duit nafkah, walaupun bini tak pernah mengadu tak cukup tapi mungkin dia jadikan iktibar dalam diam.
"Sebenarnya laki bini jadikan pengalaman orang lain sebagai pengajaran untuk kita suami isteri sama-sama bertolak ansur.
"Kehidupan rumah tangga ni kita lalui bersama, susah senang sehingga ke nafas terakhir," katanya.
Pelawak Shahmira Muhamad, 38, atau Shuib sah mendirikan rumah tangga bersama usahawan kosmetik tersebut pada 23 Jun 2023.
Perkenalan yang berputik melalui laman Instagram itu akhirnya membawa ke jenjang pelamin dan Shuib memiliki empat cahaya mata hasil perkahwinan bersama bekas isterinya, Allahyarham Siti Sarah.
Untuk rekod, ikatan perkahwinan selama tujuh tahun yang dibina pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura akhirnya terlerai apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor pada 7 Oktober lalu.
Perceraian itu dikatakan berpunca akibat isu nafkah yang tidak memihak kepada Fazura ekoran bekas suaminya yang didakwa culas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram