TUMBUHAN tempayan tropika atau lebih dikenali sebagai periuk kera merupakan sejenis hidupan karnivor.
Lebih terkenal dalam kalangan masyarakat Orang Asli, daun pokok periuk kera kebiasaannya digunakan sebagai alas untuk memasak nasi.
Orang Asli di Bukit Langgong, Selayang, Selangor, menanam tumbuhan itu untuk membuat lemang yang merupakan hidangan pulut yang kaya dengan santan untuk dijual.
BACA LAGI: Cekal redah jalan bahaya naik basikal, kisah 37 tahun dedikasi posmen satukan komuniti di Raub
BACA LAGI: [VIDEO] Idea bernas guna penghadang masa potong rumput, elak risiko termasuk cermin kereta pecah
Pengusaha industri kotej, Rogayah Mohamed, 58, berkata, sejenis berus khas digunakan untuk membersihkan daun tumbuhan itu sebelum digunakan untuk membuat lemang.
Bagi membantu masyarakat Orang Asli dalam perniagaan lemang mereka, Pusat Alam Sekitar Global (GEC) telah menganjurkan bengkel untuk mempromosikan makanan istimewa itu, kata Rogayah.
Periuk kera boleh digunakan untuk tujuan menghidang makanan.
Beliau adalah antara peserta yang menyampaikan produk keluaran usahawan Orang Asli pada acara 'GEC Forum Discussion and Networking of Communities 2024' di Ipoh, Perak baru-baru ini.
Acara rangkaian itu turut mempamerkan beberapa produk dan aktiviti eko-pelancongan yang diuruskan oleh pelbagai komuniti.
"Kami mahu tradisi ini dikekalkan. Kami telah bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan serta GEC untuk memastikan kami dapat meneruskan tradisi menggunakan periuk kera untuk penyediaan makanan.
“Kami mendapat kebenaran daripada Jabatan Perhutanan untuk mengusahakan periuk kera di kampung kerana ia adalah sebahagian daripada budaya dan warisan kami.
“Dengan menanam tanaman periuk kera, kami akan memastikan usaha ini berterusan,” katanya.
Sementara itu, satu lagi tumbuhan yang dipamerkan pada sesi tersebut ialah 'Acanthus volubilis' atau lebih dikenali sebagai daun jeruju kebiasaannya digunakan dalam produk teh dan kopi.
Jeruju ditanam di Pulau Tanjung Surat, Kota Tinggi, Johor.
Dengan populasi lebih 200 orang, pulau itu merupakan tempat eko-pelancongan yang terkenal dengan produk kopi dan teh jeruju, kata jurucakap eko-pelancongan pulau tersebut, Noraini Mohamed.
Jelasnya, walaupun aktiviti ekonomi utama pulau itu ialah menangkap ikan, tetapi dengan bantuan GEC, kawasan bakau itu kini dipromosikan untuk eko-pelancongan.
Suria Abdul Hamid berkata, terdapat 22 penduduk yang aktif mengusahakan tanaman dan sayur-sayuran di kebun komuniti yang terletak di sepanjang Sungai Keroh, Kuala Lumpur.
"GEC membantu kami dengan mempamerkan produk kami di pesta dan acara komuniti," katanya.
Kain kapas yang dicelup dengan bahan pewarna semula jadi seperti daun jati, adalah antara produk dari hutan Riau, Indonesia.
Tuti Sareum merupakan antara peserta yang mempamerkan fabrik kapas buatan komunitinya.
“Kami namakannya sebagai kain eko-cetak ini kerana menggunakan barangan semula jadi dari hutan.
“Kami memulakan industri ini pada 2020 dengan bantuan GEC. Di awal pembabitan hanya seramai 10 orang yang terlibat dan kini jumlahnya meningkat ke angka 45 orang keseluruhan.
“Industri kotej ini telah membantu kami memelihara alam sekitar dan tumbuhan hutan yang digunakan untuk fabrik eko-cetak mencerminkan identiti hutan kita,” katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram