[VIDEO] Didi rimas dicop tiru Bella Astillah, sedar ramai tak suka tinggalkan dunia pramugari


  • Hiburan
  • Selasa, 15 Okt 2024

Didi Astillah ketika ditemui pada sidang media ‘A Night With Sumandak Stars’ di Temu Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.

PELAKON Didi Astillah, 27, atau nama sebenarnya, Dayang Nazilah Awang Astillah akui agak rimas apabila kerap dilabel cuba meniru karier dan reputasi kakaknya, Bella Astillah.

Dikatakan terlampau dibayangi populariti Bella selaku artis kesayangan ramai, kehadiran Didi yang terjun dari bidang pramugari ke dunia hiburan kurang disenangi segelintir pihak.

BACA LAGI: [VIDEO] Idam 3 anak sebelum usia 30, Tya Arifin dedah pernah keguguran ketika bercuti di Turkiye

BACA LAGI: [VIDEO] Mencari Alasanmu dianggap lagu 'resign', mungkin ada kaitan isu peribadi Lukhman S — Ezad Lazim

“Saya mulanya sebagai pramugari tapi kakak yang tarik saya ke dalam industri sejak kecil lagi dan kita saling membantu dalam industri.

“Sebenarnya saya seorang introvert, beza dengan Bella yang lebih mesra, tapi dia sering cakap yang saya ada bakat cumanya saya sukakan kelainan.

“Sebelum ni pun saya merupakan seorang pramugari, baru je berhenti dan cuba terjun dunia hiburan sebagai penyanyi, jadi saya suka mencuba,” katanya pada sidang media konsert ‘A Night With Sumandak Stars’ di Temu Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Didi bersama kakaknya bakal menghiburkan peminatnya menerusi konsert tersebut yang dijadual berlangsung pada 30 November di Zepp, Kuala Lumpur.

Membariskan beberapa artis kelahiran Sabah dan Sarawak, beberapa lagi penyanyi tersohor negara turut terlibat dalam konsert berkenaan antaranya Wani Kayrie, Nikki Palikat, Stacy dan Marsha Milan.

Merupakan pengalaman kali pertama menyanyi di pentas sebesar itu, Didi menganggap ia sebagai permulaan baik buat dirinya yang sememangnya memasang impian untuk pergi jauh dalam bidang nyanyian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram