PEMERGIAN anggota kumpulan pop One Direction, Liam Payne, 31, pada Khamis meninggalkan kesan mendalam buat peminat muzik seluruh dunia.
Paling terkesan dengan perkara tersebut pastinya ahli kumpulan itu sendiri yang mula mencipta nama sejak 2012 menerusi album Take Me Home.
Zayn Malik, 31, menerusi hantaran di laman Instagram peribadinya pada Jumaat meluahkan kesedihan dan rasa kesalnya kerana tidak sempat untuk mengucapkan terima kasih pada mendiang Liam.
BACA LAGI: J Hope tamat khidmat tentera, peminat K-pop tak sabar tunggu 'comeback' BTS
BACA LAGI: [VIDEO] Penghibur 'Sivaji Singapura' rebah, meninggal ketika sakan menari bersama peminat
Mula berkawan rapat sejak usia 17 tahun, Zayn mendedahkan bahawa dirinya pernah kehilangan tempat tinggal dan dibantu oleh rakan karibnya itu.
"Ketika saya kehilangan tempat tinggal di usia 17 tahun, awak sentiasa ada dengan kata-kata positif dan senyuman yang membuatkan saya rasa selamat berada di samping rakan yang disayangi.
"Walaupun lebih muda daripada saya, awak sentiasa lebih bijak daripada saya. Sangat tegas, berpendirian, dan tidak kisah langsung untuk menegur seseorang apabila melakukan kesalahan.
"Dalam muzik, awak paling bagus dalam segenap sudut, saya bermula sebagai seorang budak tanpa pengalaman manakala awak sudah pun bergelar profesional. Saya kehilangan seorang abang dan tak sempat mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir," katanya.
Terdahulu, Liam Payne, 31, dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina pada Khamis.
Penyanyi popular itu dilaporkan mengalami keretakan pada bahagian tengkorak akibat terjatuh dari ketinggian yang dianggar antara 13 hingga 14 meter.
Mendiang dikenali ramai selepas menjadi salah seorang ahli One Direction dengan beberapa album sempat dikeluarkan selama enam tahun bermula 2010 selain turut aktif dalam dunia muzik antarabangsa.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram