Belanjawan 2025: Beri ruang bakat muda, influencer teroka perfileman hingga tercalon Oscar menerusi dana khas industri seni kreatif


  • Hiburan
  • Khamis, 17 Okt 2024

Kerajaan diharap memperuntukkan sejumlah dana sebagai peruntukan buat industri seni dan kreatif khususnya perfileman negara.  — Gambar hiasan

DEBARAN pengumuman Belanjawan 2025 yang bakal dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat semakin dirasai segenap lapisan masyarakat negara.

Tidak ketinggalan, industri perfileman tanah air turut menjadi salah satu pihak yang menantikan pengumuman itu dengan harapan ia mampu memberikan pulangan positif khususnya buat pembikin filem di luar sana.

Berdasarkan Belanjawan tahun lalu, sejumlah RM160 juta diperuntukkan untuk melaksanakan pelbagai inisiatif bagi manfaat industri seni dan kreatif negara.

BACA LAGI: [VIDEO] Idam 3 anak sebelum usia 30, Tya Arifin dedah pernah keguguran ketika bercuti di Turkiye

BACA LAGI: [VIDEO] Mencari Alasanmu dianggap lagu 'resign', mungkin ada kaitan isu peribadi Lukhman S — Ezad Lazim

Daripada jumlah itu, sebanyak RM90 juta diperuntukkan di bawah Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) untuk terus menggalakkan penerbitan filem bertaraf antarabangsa.

Meskipun dana peruntukan itu dikatakan memadai untuk membaik pulih industri sebelum ini, namun pertumbuhan teknologi digital hari ini menyaksikan semakin ramai pendatang baharu yang berpotensi untuk diketengahkan dalam bidang pengarahan filem.

Justeru, beberapa penambahbaikan dipercayai mampu terhasil menerusi penambahan dana buat industri seni dan kreatif khususnya perfileman negara.

1. Lebih banyak filem tercalon ke Anugerah Oscar

Setiap pembikin filem pastinya mahu karya mereka diangkat ke peringkat tertinggi dengan pencapaian dan anugerah antarabangsa menjadi sasaran ramai.

Pencalonan dan trofi Anugerah Oscar antara anugerah yang diimpikan setiap pengarah di serata dunia.

Cover-24

Filem tempatan, Abang Adik dicalonkan ke Oscars

Terbaharu, filem Abang Adik (2023) menjadi wakil tunggal negara apabila karya arahan Jin Ong itu dicalonkan ke Anugerah Oscar ke-97 yang bakal berlangsung pada Mac tahun depan.

Maka dengan dana tambahan sempena Belanjawan 2025, diharap mampu menyumbang kepada pembikin filem luar sana untuk bersama merebut peluang ke Oscar menerusi karya lebih berkualiti.

Setakat ini, Korea Selatan merupakan satu-satunya wakil dari Asia yang berjaya menggenggam gelaran tersebut menerusi filem Parasite (2020).

2. Kelengkapan dan fasiliti perfileman setaraf antarabangsa

Untuk menghasilkan filem kualiti setaraf antarabangsa, fasiliti sesebuah syarikat produksi perlu dilengkapi dengan peralatan serba canggih seiring dengan syarikat luar negara.

Hakikatnya, kelengkapan sedemikian secara umumnya memakan kos agak tinggi dan memerlukan bajet mencecah jutaan ringgit demi menghasilkan karya bertaraf lima bintang.

Malbatt Misi Bakara

Malbat Misi Bakara mencatat sejarah apabila menjadi filem dengan kos pembikinan termahal negara.

Filem Malbatt Misi Bakara (2022) mencipta rekod sebagai filem termahal pernah dihasilkan oleh karyawan tempatan apabila kos pembikinannya menelan belanja sebanyak RM20 juta.

Namun, ia masih tidak memadai untuk mengangkat karya itu ke peringkat tertinggi dunia apabila dikatakan masih kekurangan dari segi kesan khas Computer Generated Imagery (CGI) yang kurang memukau.

3. Jalinan kerjasama pengarah dan lokasi penggambaran luar negara

Tidak dinafikan bahawa Malaysia tidak pernah ketandusan bakat pengarah muda yang sentiasa berlumba-lumba menghasilkan filem dan karya berkualiti.

Namun, perlu diakui bahawa pembabitan kru dan syarikat produksi luar negara mempunyai potensi besar yang mampu melonjakkan bakat serta karya tempatan ke peringkat lebih tinggi.

7n_lalunadirectordeniesanypornographic00

Sharifah Amani (kiri) dan Shaheizy Sam menjadi pelakon utama dalam filem La Luna.

Filem arahan pengarah Singapura, M. Raihan Halim baru-baru ini dipilih mewakili negara terbabit ke Anugerah Oscar bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik.

Menariknya, watak utama filem itu dibintangi dua pelakon hebat tanah air iaitu Shaheizy Sam dan Sharifah Amani yang secara tidak langsung meraih populariti di peringkat dunia.

Maka, konsep jalinan kerjasama antara negara itu mungkin boleh diguna pakai dan dijadikan modul buat syarikat produksi tempatan dengan syarat, sejumlah dana besar diberikan kepada pihak terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram