Aliff, Ruhainies ‘kunci mulut’, perbicaraan kes khalwat bersambung Februari


  • Hiburan
  • Khamis, 17 Okt 2024

Aliff (kiri) hadir pada prosiding sebutan semula pertuduhan kes khalwat di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis.

PELAKON Aliff Aziz dan Ruhainies masing-masing ‘kunci mulut’ dan enggan memberikan sebarang kenyataan pada prosiding sebutan semula pertuduhan kes khalwat di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

Aliff yang dilihat berpakaian serba hitam diiringi tiga pengawal peribadi, berjalan laju tanpa menghiraukan pertanyaan media.

Sementara itu, Ruhainies turut enggan memberikan sebarang komen dengan kes prosiding tersebut difahamkan disambung pada 20 dan 27 Februari depan.

BACA LAGI: [VIDEO] Bangga bergelar anak Sabah, Wani Kayrie syukur suara lunak Sumandak jadi punca rezeki di Semenanjung

BACA LAGI: [VIDEO] Didi rimas dicop tiru Bella Astillah, sedar ramai tak suka tinggalkan dunia pramugari

Terdahulu, kedua selebriti sensasi itu pada 3 Julai lepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat yang dilakukan pada 9 Mac lalu.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz di mahkamah berkenaan..

Pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi proses lanjutan bon jamin terhadap kes khalwat yang dilaporkan berlaku di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Selepas dibawa ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk disoal siasat, Aliff dan Ruhainies masing-masing dibebaskan dengan jaminan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram