Dilantik duta rasmi PDRM FC, Amir Masdi bakal hasilkan lagu 'chant', podcast sembang bola


  • Hiburan
  • Rabu, 16 Okt 2024

Amir Masdi secara rasminya dilantik sebagai duta pasukan bola sepak PDRM FC.

PELANTIKAN Amir Masdi, 28, sebagai duta rasmi pasukan bola sepak PDRM FC bakal menyaksikan perubahan pada karya dan tulisan lagu penyanyi popular kelahiran Selangor itu.

Mencipta sejarah sebagai penyanyi pertama yang menjadi duta kepada sebuah kelab bola sepak Liga Malaysia (Liga M), Amir nyata teruja untuk menjalin kerjasama dengan kelab Liga Super tersebut.

Jelasnya, dia merancang untuk mencipta lagu rasmi dan sorakan 'chant' buat peminat PDRM FC di stadium.

BACA LAGI: [VIDEO] Idam 3 anak sebelum usia 30, Tya Arifin dedah pernah keguguran ketika bercuti di Turkiye

BACA LAGI: [VIDEO] Didi rimas dicop tiru Bella Astillah, sedar ramai tak suka tinggalkan dunia pramugari

"Lepas ini saya memang rancang untuk buat lagu sorakan 'chant' buat penyokong PDRM di stadium, belum pernah ada mana-mana penyanyi lain buat, jadi saya akan jadi yang pertama.

"Saya akan gunakan platform media sosial saya untuk ajak peminat ke stadium, berikan sokongan kepada PDRM bukan sahaja dalam perlawanan, tapi di padang latihan.

"Trend podcast pun macam menarik, Insya-ALLAH itu pun dalam perancangan satu hari nanti di YouTube ataupun TikTok," katanya kepada Majoriti pada sesi sidang media kerjasama strategik antara Suria FM dan PDRM FC di Menara Star, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

6087157368396824342

Amir Masdi menandatangani perjanjian pelantikan sebagai duta rasmi PDRM FC.

Sementara itu, bekas juara rancangan realiti Akademi Fantasia 2016 tersebut turut menyatakan keterujaannya apabila dilantik sebagai duta rasmi kelab tersebut.

Katanya, ia merupakan pengalaman baharu buatnya yang secara tidak langsung bakal melakukan beberapa inisiatif sebagai tanda sokongan terhadap pasukan bola berkenaan.

"Mungkin selepas ini saya akan kerap buat hantaran berkaitan bola sepak, dan saya pun memang minat main bola dari kecil, seronok bila diberikan peluang begini," ujarnya.

Terdahulu, Suria FM berbesar hati untuk memberikan sokongan penuh dalam mempromosikan semua sesi latihan dan perlawanan pasukan PDRM yang akan datang.

Kerjasama itu mencerminkan komitmen Suria FM dalam memastikan para penyokong PDRM mendapat liputan terkini mengenai perkembangan pasukan kegemaran mereka melalui pelbagai saluran tersedia termasuk siaran radio secara langsung, liputan menyeluruh di semua platform digital Suria Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram