BINTANG K Pop dari kumpulan BTS, Jung Ho-seok, 30, atau lebih dikenali sebagai J Hope telah pun tamat menjalani latihan ketenteraan Korea Selatan pada Khamis.
Ketibaan J Hope di pintu keluar kem tersebut disambut baik seorang lagi ahli kumpulannya, Kim Seok-jin, 31, ataupun Jin yang terlebih dahulu tamat latihan pada Jun lalu.
Beruniform tentera dan beret hiram, J Hope disambut lebih 100 peminatnya yang bersorak menanti ketibaan penyanyi kesayangan mereka di pangkalan tentera Wonju, Gangwon, Korea Selatan.
BACA LAGI: [VIDEO] Penghibur 'Sivaji Singapura' rebah, meninggal ketika sakan menari bersama peminat
BACA LAGI: Ahmad Dhani 'pecah rahsia' tarikh perkahwinan anak, serah banglo sendiri sebagai hadiah
"Terima kasih kepada semua peminat, sangat seronok kerana dapat selesaikan perkhidmatan tentera dan diberikan kesihatan yang baik.
"Selama setahun setengah saya di latihan tentera, saya mendedikasikan ucapan ini khas buat askar warga tentera yang bekerja keras untuk melindungi negara," katanya.
Empat lagi anggota kumpulan itu memulakan perkhidmatan mereka pada Disember lalu dan kesemuanya dijangka kembali bersatu dan muncul dengan album baharu pada 2025.
Untuk rekod, BTS sebelum ini menduduki tempat ke-41 artis terlaris sepanjang zaman dengan carta itu diterajui oleh pemuzik popular Amerika Syarikat (AS) iaitu The Beatles.
Sejak membuat penampilan sulung pada 2013, BTS telah menjual lebih daripada 56 juta album fizikal dan single selain enam daripadanya berjaya menduduki carta teratas di Billboard 200. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram