[VIDEO] Penghibur 'Sivaji Singapura' rebah, meninggal ketika sakan menari bersama peminat


  • Hiburan
  • Rabu, 16 Okt 2024

Tangkap layar Asokan Muniyandy rebah dan meninggal dunia ketika mengadakan pertunjukan di Singapura pada Sabtu lalu.

INDUSTRI hiburan Singapura dikejutkan dengan pemergian seorang penghibur terkemuka, Asokan Muniyandy, 60, yang dilaporkan meninggal dunia ketika sedang mengadakan persembahan di negara itu pada Sabtu lalu.

Digelar sebagai 'Sivaji Singapura', individu tersebut cukup dikenali dalam kalangan peminatnya kerana sering meniru dan menggayakan identiti mirip pelakon legenda India, Sivaji Ganesan.

Kejadian dikatakan berlaku ketika dia sedang sakan menari bersama peminatnya sebelum tiba-tiba rebah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

BACA LAGI: Ahmad Dhani 'pecah rahsia' tarikh perkahwinan anak, serah banglo sendiri sebagai hadiah

BACA LAGI: [VIDEO] 'Bila lagi giliran saya?', bintang filem Man Laksa kini cef terkenal di New Zealand

Insiden itu sempat dirakamkan dan dikongsikan secara meluas di laman sosial.

Untuk rekod, mendiang sebelum ini gemar mengenakan solekan tebal seperti bedak, gincu dan pemerah pipi mirip bintang filem India, Sivaji Ganesan yang dilaporkan meninggal pada 2001.

Hampir setiap minggu menerima tempahan pertunjukan di Singapura dan Malaysia, individu berkenaan dikatakan menerima bayaran sebanyak AS$400 (RM1,500) untuk setiap persembahan selama tempoh 30 minit.

Selain daripada menghafal lebih 80 lagu daripada lakonan filem Sivaji, Asokan juga mempunyai 100 koleksi pakaian mirip pelakon kesayangannya itu.

Penampilannya yang dikatakan cukup menghiburkan mendapat tempat di hati penonton selain turut meraih tontonan tinggi di laman TikTok peribadinya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram