Kes khalwat: Adik tarik diri jadi penjamin Aliff Aziz atas faktor kerja


  • Hiburan
  • Khamis, 17 Okt 2024

Ruhainies (kiri) dan Aliff Aziz hadir pada prosiding kes khalwat di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

KES perbicaraan khalwat membabitkan pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies ditangguh ke 20 dan 27 Februari depan selepas mahkamah menetapkan tarikh itu pada prosiding pertuduhan kes di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

Peguam Muhammad Amirul Ashraf yang mewakili kedua-dua pelakon itu berkata, Aliff dibenar menukar penjamin selepas adiknya menarik diri atas faktor komitmen kerja.

Katanya, kedua-dua pihak tidak memberikan sebarang komen kerana enggan mendahului prosiding mahkamah yang masih berjalan.

BACA LAGI: [VIDEO] Idam 3 anak sebelum usia 30, Tya Arifin dedah pernah keguguran ketika bercuti di Turkiye

BACA LAGI: [VIDEO] Mencari Alasanmu dianggap lagu 'resign', mungkin ada kaitan isu peribadi Lukhman S — Ezad Lazim

@majoritiofficial

Bersambung lah lagi episode mahkamah mereka ~ #majoriti #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #ruhainies #aliffaziz #artismalaysia #hiburan

♬ original sound - Majoriti Official

"Kedua-dua pihak mendiam diri untuk memastikan tiada kenyataan dikeluarkan yang mendahului prosiding mahkamah keran ia masih berjalan.

"Sebab bila mahkamah dah tetapkan tarikh untuk perbicaraan seterusnya, maka kita kalau boleh tak mahu keluarkan kenyataan yang mendahului mahkamah.

"Ada pertukaran penjamin di pihak Aliff kerana penjamin yang sebelum ini tarik diri atas faktor komitmen kerja, tugas penjamin ini bukan saja di atas kertas semata-mata tetapi dia ada obligasi untuk memastikan orang yang dijamin hadir ke mahkamah untuk perbicaraan," katanya di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan.

Terdahulu, kedua-dua selebriti terbabit ditangkap atas dakwaan khalwat di sebuah kondominium dekat Kuala Lumpur pada 9 Mac lepas.

Walau bagaimanapun, pada 3 Julai lepas, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah dengan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 27 (a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram