PEMUZIK dan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani, 52, bakal menerima menantu tidak lama lagi apabila anaknya, Al Ghazali, 27, dikhabarkan akan berkahwin dengan pilihan hatinya.
Malah, vokalis kumpulan Dewa 19 itu turut memecah rahsia apabila mendedahkan tarikh pernikahan anaknya yang dijadual berlangsung pada 25 Mei 2025 kelak.
"Tarikh yang dirancang ialah pada 25-05-2025," katanya.
BACA LAGI: KRU buat 'comeback', bakal lancar album Kaset dan konsert jelajah
BACA LAGI: [VIDEO] 'Bila lagi giliran saya?', bintang filem Man Laksa kini cef terkenal di New Zealand
Dalam pada itu, Ahmad kini dalam usaha mencari kawasan tanah yang luas untuk membina sebuah rumah baharu buatnya.
Jelasnya, kediaman diduduki ketika ini akan diserahkan kepada anaknya sebagai hadiah perkahwinan mereka," katanya.
"Saya nak cari tanah yang luas, mahu bina sebuah rumah di kawasan paling Selatan Jakarta, Indonesia kalau boleh," tambahnya.
Pengumuman tarikh perkahwinan anaknya menjadi bualan hangat warganet di laman sosial namun, lokasi majlis masih belum diketahui setakat ini.
Jelas Ahmad, majlis pernikahan anaknya kemungkinan akan diadakan di Timor Leste namun ia masih belum mengesahkan hal itu.
Terdahulu, Alif melamar gadis pilihan hatinya, Alyssa Daguise, 26, di Lake Como, Itali pada 21 September lalu.
Mula menyulam cinta sejak 2019, pasangan merpati dua sejoli itu sebelum ini pernah berpisah sementara pada 2022 sebelum kembali bercinta dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram