[VIDEO] ‘Basuh kaki pun kena bayar’, pelancong ingin ke Indonesia harus hati-hati dengan ‘pungli’


  • Hobi
  • Khamis, 17 Okt 2024

RAMAI pelancong yang pernah mengunjungi Indonesia meluahkan rasa kurang senang dengan masalah parkir haram yang sudah menjadi 'norma' bagi negara berkenaan.

Difahamkan, masalah itu kebiasaannya berlaku di pasar mini atau tempat awam yang memiliki pengunjung ramai.

Yang mengejutkan, pengunjung pasar mini juga diminta wang walaupun di kawasan berkenaan sudah memaparkan banner parkir secara percuma.

BACA LAGI: Batik Malaysia ‘mendonia’ angkara Venom, tapi netizen siap tanya chatGPT buktikan batik asal Indonesia

BACA LAGI: Artis seni P. Pinang bawa nama Malaysia bersaing di peringkat Asia Tenggara, rebut hadiah lebih RM40,000

Lebih parah apabila kebanyakan tukang parkir liar sewenang-wenangnya menetapkan kadar minimum untuk pemandu yang mencetuskan kemarahan orang ramai.

Tukang parkir liar yang mengambil wang daripada pengunjung pasar mini dianggap merugikan banyak pihak, bukan sahaja pengunjung, malah pengusaha atau pemilik tempat lain kerana tidak membayar cukai.

Menerusi hantaran di laman X, agensi pelancongan, @traveljimat menyifatkan perkara itu sebagai hal yang tidak menyeronokkan apabila datang ke Indonesia.

"Setiap kali parkir sahaja kena bayar, kalau tak bayar boleh bergaduh.

"Tu belum lagi termasuk caj lain. Nak masuk pantai pun kena bayar entrance fee tetapi keadaan pantai kotor jugak. Nasib baiklah Malaysia tak macam itu," tulisnya.

Hantaran itu disosong ramai individu lain yang pernah menjelajah ke negara berkenaan.

Antaranya seorang pengguna, Hakimusmn, yang menyifatkan perkara sedemikian mencetuskan trauma kepada dirinya.

"Di sana yang aku paling trauma dan rasa tidak seronok apabila buskers dia minta duit. Sekali sudah beri, satu Indonesia turun kerumun kerana mahu duit juga. Habislah," katanya.

"Nak basuh kaki pun kena bayar. Si*llah," tulis Ysmnezahari.

Pengguna lain, Nana Komatchu pula mendedahkan bahawa terdapat warga Indonesia yang datang ke Malaysia cuba membawa tindakan tidak bermoral itu ke negara ini.

"Mereka bawa perangai itu apabila jadi pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia. Tengok tempat parkir Majlis Bandaraya mereka datang untuk claim bayar parkir dekat dia.

"Tak menolong apa-apa untuk kereta orang pun. Tolonglah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) datang pungut orang-orang macam ini di kawasan Bukit Bintang," katanya.

Individu lain, Mohd Aznin menyokong bahawa terdapat warga asing yang bertindak sedemikian apabila berada di Malaysia.

"Boleh tengok parkir kawasan DBKL waktu malam pun ada yang jaga," katanya.

Pada April lepas, Pengerusi Persatuan Tempat Letak Kereta Indonesia (IPA), Rio Octaviano menegaskan bahawa istilah parkir liar mesti ditukar kepada pungutan liar atau pungli.

"Pertama sekali, saya menggesa anda menghapuskan perkataan parkir liar. Kita tukar dahulu perkataan parkir haram kepada pungli. Kenapa? Kalau kita guna istilah parkir, maka masyarakat akan keliru dengan parkir yang sah," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram