KRU buat 'comeback', bakal lancar album Kaset dan konsert jelajah


  • Hiburan
  • Jumaat, 11 Okt 2024

KRU dianggotai tiga beradik iaitu Norman, Yusry, dan Edry Abdul Halim.

KUMPULAN muzik tersohor negara, KRU bakal membuat kemunculan semula menerusi album berjudul Kaset yang dijangka dilancarkan dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan menerusi perkongsian di laman Instagram pada Jumaat, sekali gus mengubati kerinduan peminat yang telah lama menantikan buah tangan daripada kumpulan tersebut.

Jelasnya, album berkenaan memiliki 10 buah lagu dan mengekalkan konsep nostalgia dengan versi yang lebih moden.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Bila lagi giliran saya?', bintang filem Man Laksa kini cef terkenal di New Zealand

BACA LAGI: Versi lebih 'nakal', lagu Herman Tino 'Mengapa Dikenang Mengapa Difikir' dapat sentuhan magis Monoloque

Menambah keterujaan peminat, KRU bakal mengeluarkan bercadang mahu mengadakan beberapa siri konsert jelajah buat para peminat setia mereka.

Ditubuhkan pada 1992, KRU merupakan salah satu kumpulan muzik terkemuka dalam industri tempatan.

Dianggotai oleh tiga beradik iaitu Norman, Yusry, dan Edry Abdul Halim, KRU telah mencipta pelbagai lagu hit yang menjadi ikonik dalam kalangan peminat.

Dengan kombinasi muzik pop, hip-hop, dan R&B, KRU bukan sahaja mencatat kejayaan dalam bidang muzik tetapi juga dalam produksi filem dan perniagaan media dijalankan.

Terkenal dengan jualan album yang laris, seperti Generasi dan KRU, kumpulan itu turut melahirkan ramai bakat-bakat baharu yang bernaung di bawah syarikat mereka selain menghasilkan pelbagai lagu buat penyanyi serantau. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram