KES perceraian dalam kalangan artis dan industri hiburan tanah air mula mencetuskan stigma negatif dan tanggapan buruk terhadap pasangan pelakon yang berumah tangga.
Malah, ada beranggapan perkahwinan sesama artis sukar untuk kekal lama ekoran gosip liar dan gaya hidup individu itu sendiri dikatakan terlampau bebas dari segi pergaulan.
Tegas menolak dakwaan itu, pelakon Kamal Adli, 38, menafikan sekeras-kerasnya tanggapan tersebut.
BACA LAGI: Peguam syarie 'team' Fattah, perjelas sebab Fazura boleh dihukum hina mahkamah
Jelasnya, tidak semua perkahwinan artis itu berakhir dengan perceraian, sebaliknya ia merupakan pilihan masing-masing dalam mempertahankan mahligai dibina.
“Perkara ini terjadi sebab kami ni artis sahaja walhal banyak lagi kes-kes lain yang lebih teruk.
“Tak ada risiko sebenarnya bidang hiburan ni sebenarnya cuma kerja kami ni memang dalam industri hiburan jadi atas kita sebenarnya nak kawal diri sendiri lagi-lagi kalau isu curang.
“Curang itu kan satu pilihan, memang akan ada ramai pelakon muda yang lagi lawa, comel sebagainya tapi ia atas pilihan. Kalau tak yakin nak kahwin jadi jangan kahwin, tak kisah artis atau tak, semua sama saja,” katanya pada sidang media drama Hikayat Bawang Putih Bawang Merah di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.
Kamal Adli (kiri) pada sidang media drama Hikayat Bawang Putih Bawang Merah di 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.
Dalam pada itu, Kamal turut mengakui golongan wanita sememangnya memiliki sifat emosi yang agak sukar dikawal namun, ia perlu diatasi supaya mengelak daripada sebarang kes pergaduhan dalam rumah tangga.
“Saya akui wanita memang kadang-kadang terlampau emosi, Uqasha sendiri pun ada waktunya emosi sebab penat menjaga anak, kerja dan sebagainya tapi apa-apa pun kena bertenang dan berbincang secara baik.
“Betul orang kata jaga bayi ni lagi penat daripada bekerja, kadang-kadang saya pun terlepas juga kata saya pun kerja letih apa semua tapi kena berbincang la bersama.
“Kalau ikutkan emosi itu yang boleh bawa pada perpecahan dan perkara tak elok dalam rumah tangga,” ujarnya.
Hikayat Bawang Putih Bawang Merah merupakan sebuah kisah epik yang menggabungkan bakat terbaik tanah air untuk menghidupkan semula hikayat klasik dengan interpretasi moden, lengkap dengan kesan visual dan elemen fantasi.
Drama siri empat episod itu bakal bersiaran mulai 21 Oktober, setiap Isnin pukul 9 malam di Astro Ceria.
Barisan pelakon handalan lain yang terlibat adalah Mira Filzah, Nabila Huda, Kamal Adli, Datin Lisa Surihani serta beberapa bintang baharu seperti Amalina Arham dan juga Tracie Sinidol.
@majoritiofficial Fattah Amin didakwa gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai suami, klik link untuk baca berita penuh #fazura #fattahamin #fattzura #fatimah #bercerai #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok ♬ original sound - Majoriti Official
Terdahulu, industri hiburan tanah air digemparkan dengan kes perceraian pasangan pelakon Fazura dan Fattah Amin.
Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, melafazkan cerai talak satu terhadap Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, pukul 9.45 pagi di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh dekat Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.
Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Fazura mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram