Bercerai kali ke-4, Jennifer Lopez luah rasa sunyi, trauma lepas berpisah dengan Ben Affleck


  • Hiburan
  • Jumaat, 11 Okt 2024

Jennifer Lopez memfailkan perceraian ke atas bekas suaminya, Ben Affleck.

PERCERAIAN pasangan pelakon Hollywood, Jennifer Lopez dan Ben Affleck meninggalkan kesan besar kepada industri hiburan Amerika Syarikat (AS).

Pasangan yang diberi gelaran 'Bennifer' itu bukan sahaja menghancurkan hati peminat, malah ia memberi kesan kepada karier seni masing-masing yang sememangnya dikenali di serata dunia.

Merupakan perkahwinan kali keempat buatnya, Lopez, 55, meluahkan kekecewaannya selepas gagal mengekalkan rumah tangga yang dibina dua tahun lalu.

BACA LAGI: ‘Curang itu satu pilihan’, Kamal Adli tolak stigma negatif perkahwinan artis tak kekal lama

BACA LAGI: Peguam syarie 'team' Fattah, perjelas sebab Fazura boleh dihukum hina mahkamah

"Saya rasa sunyi, trauma, takut, sedih dan terasa agak terdesak lepas berpisah baru-baru ini.

"Tetapi selepas memikirkan soal hati, saya merasakan yang perkara ini tidak akan membunuh saya, saya mampu gembira dan bahagia walaupun bersendirian.

"Semua yang menjalin hubungan pasti ingin menua bersama pasangan, tetapi saya tidak, saya mahu kenal diri sendiri dulu dan fokus dalam kehidupan sendiri," katanya.

Mengakui mengambil masa agak lama untuk muhasabah diri, Lopez yang juga penyanyi tersohor Hollywood itu mahu membuktikan kepada orang ramai yang dirinya mampu mengecapi kebahagiaan walaupun sendirian.

Terdahulu, Lopez memfailkan perceraian kepada bekas suaminya, Ben Affleck di mahkamah Los Angeles, AS pada 20 Ogos lalu.

Media turut melaporkan pasangan yang sempat menjadi suami isteri selama dua tahun itu juga tidak memiliki kontrak pra dan selepas perkahwinan yang biasa dilakukan oleh pasangan di Hollywood.

Ia perkahwinan keempat untuk Lopez dan yang kedua Ben. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram