PELAKON aksi tersohor Bollywood, Shahid Kaapor, 43, bakal muncul dengan sebuah filem terbaharu berjudul Deva pada 2025.
Diarahkan oleh pengarah terkemuka Rosshan Andrrwes yang sebelum ini banyak menghasilkan filem pecah panggung seperti Notebook (2019), Salute (2022) dan Udayananu Tharam (2005), filem aksi yang turut dibintangi Pooja Hegde itu dijangka ditayangkan sempena sambutan Hari Valentine 2025.
Berkongsi hantaran di laman Instagram peribadinya baru-baru ini, filem itu difahamkan sudah selesai menjalani penggambaran dengan kesemua barisan pelakon dan kru produksi meraikannya dengan memotong kek.
BACA LAGI: [VIDEO] Maaf fans Nadeera, guru vokal pilih suara Aina Abdul lebih sihat dan 'healthy singing'
BACA LAGI: Baru berjinak karaoke, Angelina Jolie kesepian hampir setengah abad hidup tanpa ‘kawan makan kawan’
Memainkan watak utama sebagai hero dalam filem tersebut, Shahid membawa peranan sebagai seorang polis yang ditugaskan menyelidik kes berprofil tinggi di India.
Namun, plot penceritaan filem itu dikatakan sedikit berbeza berbanding lakonannya sebelum ini kerana perlu melakonkan banyak babak melawan dan bertarung menentang penjahat.
Mula berkecimpung dalam dunia lakonan sejak 2003, anak kepada legenda perfileman dan teater Hindi iaitu pasangan pelakon Pankaj Kapur dan Neelima Azeem itu dikatakan mewarisi bakat seni daripada kedua ibu bapanya.
Selain daripada berbakat di layar perak, Shahid turut berkebolehan menari dan memulakan karier seninya sebagai penari latar dalam beberapa muzik video dan filem pada era 1990-an.
Meminati tarian sejak usia 15 tahun, Shahid menyertai sebuah pusat tarian koreografer terkemuka India, Shiamak Davar dan banyak terlibat dalam pembikinan muzik video sebagai penari.
Bakatnya disedari syarikat produksi filem yang kemudiannya ditawarkan untuk membintangi drama komedi romantik berjudul Ishq Vishk (2003).
Di awal pembabitannya, dia lebih dikenali dengan watak romantik namun sejak berlakon filem Udta Punjab (2016), kariernya selaku pelakon aksi mula diminati ramai sehingga memenangi anugerah Filmfare bagi kategori pelakon Terbaik dan Anugerah Pengkritik Filmfare untuk Pelakon Terbaik pada tahun tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
