Baru berjinak karaoke, Angelina Jolie kesepian hampir setengah abad hidup tanpa ‘kawan makan kawan’


  • Hiburan
  • Isnin, 02 Sep 2024

Angelina Jolie bakal muncul dengan filem terbaharunya pada tahun depan.

SEBUT sahaja nama Angelina Jolie, sudah cukup untuk mengukir senyuman pada si jejaka yang pastinya mengimpikan pasangan secantik aktres Hollywood itu.

Meskipun berusia 49 tahun, bintang kelahiran Amerika Syarikat itu masih kekal aktif dalam dunia perfileman di samping kecantikan luar biasa dimiliki, menjadikannya antara pelakon diminati ramai dari serata dunia.

Namun, di sebalik dunia populariti dikecapi, pelakon filem Maleficent itu mendedahkan sisi gelap dirinya apabila tidak pernah memiliki kawan sejak kecil.

BACA LAGI: Tak terlintas berhenti menyanyi, Naufal Azrin hanya serik jumpa orang jenis 'rembat duit'

BACA LAGI:'Tidak bermakna saya bagus', Rahmad Mega tak kisah ditegur artis lama atau baharu, anggap itu cara tingkat skil dalam industri

Pernah dikhianati dalam persahabatan dibina satu ketika dahulu, Angelina nyata trauma atas apa kejadian menimpa dirinya dan kini lebih memilih untuk berseorangan selain fokus kepada kerjaya lakonannya.

Menerusi laporan Agensi, pelakon yang pernah dinobatkan pelakon pembantu wanita terbaik Oscar pada 2000 itu mengakui bahawa dirinya tidak memiliki rakan mahupun sahabat karib sejak kecil.

maxresdefault

Angelina Jolie ketika merangkul trofi Oscar pada 2000.

"Saya sebenarnya tidak mempunyai kawan rapat yang boleh dijadikan tempat luahan, tetapi saya ada beberapa kenalan dan ia sudah memadai.

"Mungkin disebabkan saya telah banyak kali dikhianati.

"Selama beberapa tahun saya mempunyai beberapa kawan, tetapi mereka tiada di saat saya memerlukan seperti sebuah keluarga," katanya.

Dalam pada itu, Angelina bakal muncul menerusi filem terbaharunya, Maria pada 2025.

Membawakan watak penyanyi opera bernama Maria Callas dalam filem tersebut, pemenang Oscar itu menjelaskan bahawa ia merupakan pengalaman sukar dilalui sebagai seorang pelakon kerana perlu mempersembahkan nyanyian.

608695

Angelina Jolie melakonkan watak utama sebagai Maria Callas menerusi filem Maria.

Menghabiskan masa lebih tujuh bulan menjalani latihan di kelas muzik dan vokal, Angelina berasa gementar untuk menanti filem itu ditayangkan kelak.

"Saya sangat gementar, saya menghabiskan masa tujuh bulan berlatih nyanyian, ia merupakan kali pertama saya membawakan watak penyanyi dalam filem.

"Pengarah, Pablo Larrain sangat memahami dan memberikan saya peluang untuk membiasakan diri dalam nyanyian.

"Saya tidak pernah berkaraoke sebelum ini, tetapi selepas filem Maria kemungkinan akan mula menyanyi di pusat karaoke," katanya.

Dalam pada itu, filem Maria menceritakan kisah sebenar di sebalik suka duka dihadapi penyanyi Maria Callas yang terkenal sebagai salah seorang bintang opera terhebat sepanjang zaman.

Melakonkan tunjang utama dalam filem berkenaan, Angelina Jolie berpeluang untuk sekali lagi menggenggam trofi Oscar menerusi Maria.

Ia susulan kejayaan dua filem terdahulu arahan Pablo Larrain, Jackie dan Spencer yang berhasil mendapat pencalonan Oscar bagi Pelakon Wanita Terbaik sebelum ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram