Jennifer Aniston tepis dakwaan 'couple' dengan Barack Obama, dedah lebih rapat dengan Michelle


  • Hiburan
  • Selasa, 08 Okt 2024

Pelakon jelita, Jennifer Aniston (kanan) didakwa menjalin hubungan cinta bersama Barack Obama.

INDUSTRI perfileman Hollywood gempar apabila pelakon terkenal Jennifer Aniston, 55, didakwa menjalin hubungan cinta dengan bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, 63.

Namun, perkara itu dinafikan Jennifer yang menganggap ia hanyalah khabar angin dan berita palsu tersebar di laman sosial.

Katanya, dia dan Barack Obama hanya berkawan rapat, tidak lebih daripada itu.

BACA LAGI: Pernah jadi 'backup singer' Elvis Presley, menang Grammy 2 kali, mendiang ibu Whitney Houston ada era tersendiri

BACA LAGI: Pengarah Malaysia, Adele Lim terus tempa nama di Hollywood, bakal arah Princess Diaries 3

"Tidak benar, saya hanya pernah bertemunya sekali sahaja, berita itu palsu dan tidak berasas sama sekali," katanya.

Menurutnya, dia lebih banyak meluangkan masa bersama isteri bekas presiden tersebut iaitu, Michelle LaVaughn.

Screenshot_1-3

Jennifer (kiri) merupakan antara bintang tersohor filem hollywood.

Dakwaan hubungan percintaan antara Jennifer dan Obama tercetus menerusi laporan sebuah portal antarabangsa, In Touch baru-baru ini.

Aniston bagaimanapun mengaku bahawa tidak semua dakwaan tentang dirinya dalam laporan itu adalah palsu.

Contohnya, dia sebelum ini pernah didatangi peminat yang meminta untuk bergambar semasa sedang melakukan rawatan di spa dan sauna.

Namun, dia terpaksa menolak permintaan itu kerana tidak berbaju ketika kejadian.

Jennifer kini sedang sibuk mempromosikan buku kanak-kanak yang dihasilkan bertajuk, Clydeo Takes a Bite Out of Life. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram