[VIDEO] Maaf fans Nadeera, guru vokal pilih suara Aina Abdul lebih sihat dan 'healthy singing'


  • Hiburan
  • Isnin, 09 Sep 2024

Aina Abdul (kiri) dan Nadeera Zaini dikatakan memiliki kekuatan vokal hampir sama.

MEMILIKI kekuatan vokal hampir sama, dua penyanyi popular tanah air iaitu Aina Abdul dan Nadeera Zaini masing-masing mempunyai keistimewaan sendiri dalam menyampaikan lagu bernada tinggi.

Sering dianggap pesaing dalam kalangan peminat, rata-ratanya saling bertelagah di laman sosial dalam mengundi artis kesayangan mereka itu.

Namun, seorang guru vokal dikenali sebagai Cikgu Delly di laman sosial, tampil menjelaskan kedua-duanya memiliki kualiti yang hampir sama.

BACA LAGI: Baru berjinak karaoke, Angelina Jolie kesepian hampir setengah abad hidup tanpa ‘kawan makan kawan’

BACA LAGI: Tak terlintas berhenti menyanyi, Naufal Azrin hanya serik jumpa orang jenis 'rembat duit

6267266783299877671

Cikgu Delly (kanan) merupakan guru vokal dalam pelbagai rancangan realiti terkemuka.

Pun begitu, Cikgu Delly memilih Aina Abdul berbanding Nadeera ekoran teknik nyanyian pelantun lagu Semalam itu lebih sihat menurutnya.

"Kalau ikut healthy singing Aina lebih sihat sebenarnya.

"Dibandingkan dengan Nadeera, dia masih belt (teknik bernyanyi), Kalau Nadeera faham tentang cara mix voice InshaALLAH nyanyiannya lebih sihat," katanya menerusi video di laman TikTok pada Ahad.

@nadeeramusic Pendapat Cikgu Delly saja sebab sebagai guru vokal mereka memang mementingkan suara sihat. Belter or else tu tak apa, terbukti keduanya penyanyi wanita yang hebat and strong vocally. Dua2 favourite local listener, QUEEN SUPPORT QUEEN @Nadeera @Ainaabdul20 @TheNadees @Aina Abdul Official FC #jangankecam #hateisnoallowed ♬ Bukan Lagi Kita - Nadeera

Guru vokal berpengalaman itu turut menyatakan bahawa teknik nyanyian sihat amat penting dipraktikkan oleh penyanyi untuk menghasilkan vokal yang sedap.

Cikgu Delly sebelum ini pernah terlibat dalam pelbagai rancangan realiti sebagai guru vokal antaranya Mentor, Idola Kecil dan Vokal Mania.

Malah, dia juga pernah bergelar pensyarah fakulti muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor dan kini meneruskan kerjayanya sebagai guru vokal dalam program nyanyian televisyen. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram