[VIDEO] Mimi Peri hadiahkan ibu banglo mewah, dijangka siap sebelum sahur tahun depan


  • Hiburan
  • Selasa, 08 Okt 2024

Pempengaruh media sosial, Mimi Peri menghadiahkan sebuah rumah banglo buat ibunya.

PEMPENGARUH terkenal Indonesia, Mimi Peri menghadiahkan sebuah rumah banglo khas buat ibunya di Indonesia.

Masih dalam proses pembinaan, kediaman itu difahamkan dibeli hasil daripada titik peluhnya yang banyak menjalankan perniagaan di TikTok selain turut bergelar pempengaruh terkenal di sana.

Memuat naik perkongsian di laman Instagram peribadinya, Mimi Peri atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani, 36, berasa sangat gembira dan berbangga kerana mampu menghadiahkan sebuah rumah buat ibunya.

BACA LAGI: Asalnya lagu PLKN, sentuhan Afdlin Shauki menerusi Erti Hidup julang Dayang Nurfaizah di pentas AJL

BACA LAGI: 'This is ours Malaysia', pelakon Siti Saleha ranggul anugerah Bintang Asia Terbaik di Seoul

Meskipun belum siap sepenuhnya, individu itu kelihatan sibuk mengemas dan menyusun beberapa barang keperluan dengan kediaman itu dijangka boleh diduduki sebelum Ramadan tahun depan.

Dalam pada itu, beberapa barangan keperluan seperti kipas angin, peruk nasi serta katil telah pun dibeli.

Meraih perhatian warganet di laman sosial, rata-ratanya meluahkan ucapan tahniah dan gembira susulan kejayaan pempengaruh tersebut memiliki rumah.

Terdahulu, kemunculan Mimi yang tampil bertudung sambil melaungkan perkataan 'sahur' menerusi video dimuat naik dalam akaun media sosial berjaya mencuit hati, sekali gus menjadikan kemunculannya dinantikan pada setiap Ramadan.

Tular di laman sosial, individu berkenaan kemudiannya ditawarkan berlakon dalam sebuah filem tempatan iaitu Mat Tudung Begins yang ditayangkan pada 3 Ogos tahun lalu.

Selain Mimi, filem terbitan Rain Maker Creation Sdn Bhd itu turut dibintangi Datuk Fizz Fairuz selaku pelakon utama, Achey, Isyariana, Maryam Durian Kimchi, Kazar Saisi dan Fazlina Ahmad Daud.

Meskipun sering dikecam serta pernah bekerja sebagai kuli sebelum terkenal, ramai terharu dan bangga dengan kejayaan Mimi Peri berbakti kepada orang tua. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram