Bukan lagi Rihanna, Taylor Swift kini pemuzik terkaya di muka bumi


  • Hiburan
  • Khamis, 10 Okt 2024

Taylor Swift merupakan pemuzik terkaya dunia dengan nilai anggaran harta sebanyak RM6.9 bilion.

PENYANYI terkenal Amerika Syarikat (AS), Taylor Swift kini memegang takhta pemuzik terkaya di dunia, menewaskan Rihanna yang jatuh ke anak tangga kedua.

Kekayaan Taylor dianggarkan dengan nilai bersih sebanyak AS$1.6 bilion (RM6.9 bilion) dengan jualan album dan konsert jelajah muziknya menyumbang sebanyak AS$1.2 bilion (RM5.2 bilion) sejak 2019.

Pemenang anugerah Grammy sebanyak 14 kali itu mula berkecimpung dalam bidang muzik sejak usia 15 tahun dan mempunyai 11 album studio.

BACA LAGI: Pernah jadi 'backup singer' Elvis Presley, menang Grammy 2 kali, mendiang ibu Whitney Houston ada era tersendiri

BACA LAGI: Pengarah Malaysia, Adele Lim terus tempa nama di Hollywood, bakal arah Princess Diaries 3

Pada 2019, Taylor kembali merakamkan semula kesemua lagu lamanya dengan menghasilkan empat buah album.

Fearless (Taylor's Version) menduduki carta nombor satu di AS sekali gus menyumbang kepada populariti serta kejayaan penyanyi itu dalam melakukan konsert jelajah di serata dunia.

7bd5b278-0a8c-409f-99f5-abe1d0b2c415_alta-libre-aspect-ratio_default_0

Rihanna kini jatuh ke kedudukan kedua pemuzik terkaya dunia.

Pada 2023, konsert jelajahnya meraih kutipan tertinggi dalam sejarah apabila mengumpul lebih AS$1 bilion (RM4.3 bilion), menewaskan pemuzik Elton John.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Shake It Off itu juga banyak melakukan kerja amal apabila menyumbang AS$100 000 (RM400,000) kepada keluarga mangsa yang terbunuh dalam perarakan Super Bowl Ketua Kansas City pada Februari 2024 selain turut menderma AS$1 juta (RM4.3 juta) untuk bantuan bencana alam yang melanda di Tennessee, AS pada 2023.

Malah, sifat pemurah penyanyi kesayangan ramai itu turut meraih pujian apabila dilaporkan memberikan bonus sebanyak AS$50 juta (RM2 juta) kepada setiap kru dan petugas termasuk penari serta tukang masak bagi setiap penghasilan muzik videonya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram