Pengarah Malaysia, Adele Lim terus tempa nama di Hollywood, bakal arah Princess Diaries 3


  • Hiburan
  • Isnin, 07 Okt 2024

Adele Lim bakal mengarahkan filem The Princess Diaries 3.

PENGARAH dan penerbit tersohor negara, Adele Lim dikatakan bakal mengarahkan sebuah filem bertaraf Hollywood iaitu The Princess Diaries 3 tidak lama lagi.

Merupakan sekuel ketiga selepas The Princess Diaries pada 2001 dan The Princess Diaries: A Royal Engagement (2004), filem yang dikatakan akan memulakan penggambaran pada tahun depan itu dijangka bakal menjadi sebuah naskhah yang cukup istimewa ekoran kreativiti dan keunikan Adele dalam menghasilkan sesebuah karya.

Menurut Adele, dia sangat teruja apabila diberikan peluang tersebut selain turut meminati francais filem berkenaan sejak sekian lama.

BACA LAGI: Asia setanding Hollywood, Jet Li tolak tawaran filem The Matrix, enggan seni kung fu ditiru Barat

BACA LAGI: Dirakam 100 peratus guna iPhone 15 Pro Max, rahsia filem zombi '28 Years Later' terbongkar

"Sebagai peminat tegar filem Princess Diaries, saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada produksi pembikinan filem berkenaan.

"Saya tak sabar untuk mengetengahkan elemen kegembiraan dan kekuatan wanita kepada penonton seluruh dunia dalam filem siri ketiga itu nanti," katanya.

Namun, pelakon utamanya, Anne Hathaway difahamkan tidak akan terlibat dalam siri ketiga ini dengan hampir keseluruhan filem itu akan dilakonkan individu lain dan berbeza daripada yang sebelumnya.

17_ThePrincessDiaries-80a259d-scaled

Anne Hathaway (kanan) merupakan pelakon utama siri filem Princess Diaries.

Cukup dikenali di pentas antarabangsa, Adele sebelum ini pernah mengarahkan beberapa lagi filem Hollywood antaranya, Crazy Rich Asians, Raya and the Last Dragon dan Joy Ride.

Terdahulu, Adele mengharumkan nama negara apabila namanya diiktiraf dalam Asian Hall of Fame 2023 yang berlangsung di Biltmore Hotel, Los Angeles, Amerika Syarikat pada tahun lalu.

Namanya tersenarai menerusi filemnya, Crazy Rich Asians dan turut berkongsi pentas bersama beberapa lagi bintang Asia lain seperti Lisa Blackpink, Far East Movement dan ramai lagi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram