PELAKON Siti Saleha, 34, mengharumkan nama Malaysia apabila merangkul anugerah Bintang Asia Terbaik di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 yang berlangsung di Korea Selatan.
Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharum memenangi anugerah itu menerusi drama siri berjudul SeOfis.
Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di laman Instagram peribadinya pada Rabu.
BACA LAGI: Umum konsert solo pertama Januari 2025, Ernie Zakri bagi 'hint' kongsi pentas bersama naib juara AJL
BACA LAGI: Asalnya lagu PLKN, sentuhan Afdlin Shauki menerusi Erti Hidup julang Dayang Nurfaizah di pentas AJL
Dihujani ucapan tahniah di ruangan komen, rata-ratanya tumpang gembira atas kejayaan ditempah anak kelahiran United Kingdom, England itu.
Kejayaan itu menyaksikan pelakon filem Terbaik Dari Langit itu menewaskan beberapa lagi pelakon ternama lain dari Korea Selatan, Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura yang turut dicalonkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram