Dakwa curang dan abai anak bertahun lamanya, Fazura-Fattah Amin sah bercerai talak 1


  • Hiburan
  • Isnin, 07 Okt 2024

Fazura mendedahkan rumah tangganya gagal dipertahankan selepas Fattah beberapa kali dikatakan curang bersama wanita lain.

PASANGAN pelakon, Fazura dan Fattah Amin sah bercerai talak satu di di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.

Perkara itu disahkan oleh peguam Fazura yang menjelaskan bahawa lafas perceraian itu dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Fazura ketika disoal berhubung perceraiannya berkata, rumah tangganya gagal dipertahankan selepas Fattah beberapa kali dikatakan curang bersama wanita lain.

BACA LAGI : Demi maruah, Fazura nekad terus tuntut cerai daripada Fattah di mahkamah

BACA LAGI : 'Kamu yang mulakan hingga isteri dan anaknya teraniaya', ibu Syamsul Yusof harap 'dia' segera bertaubat

Malah, pelakon filem Mat Kilau itu turut didakwa gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai suami selain turut mengabaikan nafkah perkahwinannya selama bertahun.

"Sejujurnya saya dah korbankan semuanya untuk Fattah, saya sediakan tempat tinggal, makan minum, saya juga menghadiahkan sebuah kereta Range Rover untuk dia, demi keselesaan dia, jadi kalau kata kami tak sekufu dari awal lagi saya tak akan terima dia sebagai suami.

"Saya sangat kesal lepas semua pengorbanan dilakukan rasa macam tak dihargai dan kereta yang saya hadiahkan pun dibawa oleh wanita tidak dikenali.

"Duit raya pun dah lebih empat tahun dia tak beri dan Fatima sendiri pun tak merasa duit raya dah lama sangat, tapi kalau kata kami tak sekufu itu tak benar sebab Fattah pun orang yang senang, ada karier dia," katanya pada sidang media selepas prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Dalam pada itu, Fazura turut mendedahkan bahawa isu orang ketiga dalam rumah tangganya merupakan perkara yang sudah lama diketahui namun memilih untuk berdiam diri dan bersabar.

Sebelum ini, mahkamah menangguhkan kes perceraian susulan menerima cadangan baharu daripada defendan yang mahu kes itu diselesaikan secara baik.

Ketika prosiding kes pertama pada 25 September lalu, Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 33, enggan menceraikan Fazura atas alasan masih lagi menyayangi isterinya, manakala Fazura nekad mahu berpisah.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram