PENYANYI rap dan komposer muzik terkenal Amerika Syarikat (AS), Sean Diddy Combs berdepan 100 dakwaan melakukan serangan seksual, rogol dan perdagangan manusia.
Peguam yang berpangkalan di Texas, AS, Tony Buzbee berkata, sejumlah individu yang didakwa menjadi mangsa terdiri daripada golongan kanak-kanak yang berusia seawal sembilan tahun.
Bercakap pada sidang akhbar, Buzbee berkata, dia dan pasukannya tidak akan berhenti berusaha untuk mencari pihak yang terlibat dalam dakwaan tersebut.
BACA LAGI: Asia setanding Hollywood, Jet Li tolak tawaran filem The Matrix, enggan seni kung fu ditiru Barat
BACA LAGI: Sama macam Marvel, Sonic The Hedgehog perkenal 3 lagi varian dimensi 'multiverse'
Sementara itu, peguam yang mewakili komposer kontroversi terbabit, Erica Wolf berkata, penyanyi rap berkenaan secara tegas menafikan dakwaan itu dan menganggapnya sebagai palsu serta fitnah.
Jelasnya, Combs atau lebih dikenali sebagai P. Diddy tidak sabar untuk membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah di mahkamah.
Tambah Buzbee, jumlah keseluruhan mangsa yang mendakwa menjadi mangsa komposer terkenal itu ialah 120 dengan separuh daripadanya merupakan lelaki dan perempuan di serata AS.
Malah, sebanyak 25 daripada dakwaan itu merupakan remaja di bawah usia yang sekali gus membuatkan Diddy berdepan tuduhan penderaan seksual kanak-kanak.
Kebanyakan mangsa mendakwa menjadi sasaran tertuduh selepas menghadiri parti dianjurkan penyanyi tersebut di sebuah kediaman dipercayai miliknya.
"Penyanyi baharu yang ingin menceburi bidang muzik di AS dipaksa melakukan perbuatan keji itu sekiranya inginkan lagu mereka dirakamkan oleh Diddy.
"Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun mendakwa dia didera secara seksual oleh tertuduh dan rakan-rakannya di sebuah studio rakaman dekat New York ketika cuba mendapatkan perjanjian rekod.
"Rahsia terbesar industri hiburan AS akhirnya terbongkar di seluruh dunia," katanya.
Seorang peguam, Andrew Van Arsdale yang juga merupakan rakan sekerja Buzbee berkata, firmanya telah menerima lebih 3,000 panggilan telefon daripada individu yang mendakwa didera pemuzik tersebut.
Selain 120 mangsa yang disahkan menjadi mangsa, firmanya kini sedang berusaha menjalankan siasatan terhadap 100 kes lagi. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram