'I have prayed before you are born', Fazura titip ucapan hari jadi ke-4 Fatima


  • Hiburan
  • Rabu, 02 Okt 2024

Fazura menitip ucapan istimewa sempena hari ulang tahun anaknya, Nur Fatima pada Rabu.

PELAKON Nur Fazura, 41, menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran keempat anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya pada Rabu.

Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin berkata, sebagai seorang ibu, dia tidak akan berhenti mendoakan yang terbaik buat Fatima.

Menyifatkan Fatima seorang anak yang baik dan kuat, Fazura berkata, akan selalu mendoakan yang terbaik buat anaknya.

BACA LAGI: ‘Jika sesuatu yang kau senangi tak terjadi’, status IG Fazura cetus teka-teki punca berpisah dengan Fattah Amin?

BACA LAGI: Nidza Afham pernah cakap nak jadi terkenal. Satu Malaysia kenal sekarang tapi bukan begini ALLAH — Kakak

"Fatima sayang, mommy akan terus mendoakan yang terbaik untuk Fatima buat selama-lamanya, Fatima anak yang baik.

"Fatima bukan sahaja berjiwa besar, malah kuat, penyayang dan sangat berpendirian teguh," katanya menerusi hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, pelakon filem Gol & Gincu itu turut menasihati anaknya agar menjadi insan yang selalu bersyukur atas rezeki dan nikmat yang dikurniakan ALLAH selain menghargai orang sekeliling.

Berdasarkan perkongsian di laman Instagram @nurfatimaaisya, satu sambutan secara kecil-kecilan turut diadakan bagi menyambut hari ulang tahun anak kepada pasangan pelakon itu.

Meskipun tidak semeriah seperti parti sebelum ini, Fatima tetap diraikan dengan sebuah kek bertemakan 'unicorn' dipercayai di kediamannya.

Terdahulu, pasangan pelakon terkenal itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor bagi sebutan kes permohonan perceraian yang difailkan Fazura.

Mahkamah walau bagaimanapun menangguhkan kes perceraian mereka ke 7 Oktober depan selepas menerima cadangan baharu daripada defendan yang menginginkan ia diselesaikan secara baik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram