BINTANG filem Tamil, Rajinikanth, 74, dimasukkan ke Hospital Apollo di Chennai, India akibat diserang sakit perut mengejut pada Isnin.
Bagaimanapun, tahap kesihatannya kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas selesai menjalani prosedur meletakkan 'stent' pada saluran darah dalam perutnya.
Perdana Menteri India, Narendra Modi turut berkongsi perkembangan selebriti terkenal itu menerusi laman X pada Selasa.
Our Hon. PM Thiru @narendramodi avl spoke telephonically to Smt. Latha Rajinikanth avl today to inquire about the health of our Super Star Thiru @rajinikanth avl.
Hon PM was informed about the well-being of Thiru Rajinikanth avl post-surgery & Hon PM wished him a speedy... pic.twitter.com/dvneX2IJju
— K.Annamalai (@annamalai_k) October 1, 2024
Bertanya khabar melalui isterinya, Rajinikanth dikatakan boleh keluar hospital dalam masa terdekat dan menjalani kehidupan seharian seperti biasa.
Pihak hospital menerusi satu kenyataan pada Selasa berkata, pelakon terkemuka itu sangat kuat semangat dan kesihatannya semakin beransur pulih.
Surat rasmi dari pihak Hospital Apollo berhubung status kesihatan Rajinikanth.
Dalam pada itu, Rajinikanth bakal muncul di layar perak menerusi filem terbaharunya, Vettaiyan pada 10 Oktober kelak.
Malah, pelakon itu juga dijangka akan terus menjalani penggambaran filemnya yang akan datang iaitu Coolie arahan pengarah terkemuka India, Lokesh Kanagaraj. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram