[VIDEO] Jackie Chan pengsan kena 'headlock' masa penggambaran filem aksi baharu


  • Hiburan
  • Selasa, 01 Okt 2024

Jackie Chan pengsan ketika penggambaran filem Panda Plan.

IA merupakan satu perkara normal bagi seorang pelakon aksi untuk berdepan dengan kemungkinan mengalami kecederaan sewaktu penggambaran.

Perkara tersebut dilihat sebagai asam garam demi menjayakan babak aksi yang sekali gus membuatkan penonton terpesona sewaktu melihatnya di layar perak atau kaca televisyen.

Itulah komited yang dilakukan oleh pelakon aksi legenda, Jackie Chan. Pada usia 70 tahun, dia masih lagi melakukan aksi lagak ngeri dengan kudratnya sendiri.

BACA LAGI: Selamat timang cahaya mata ke-3, Eyra Hazali dan Haziq Nadzli dedah nama 'hero'

BACA LAGI: Bintang X-Men: Days Of Future Past, Fan Bingbing dikhabar jalani penggambaran filem di Alor Setar

@starettoday #成龍 ♬ 原聲 - ETtoday星光雲

Tapi siapa sangka, Chan sebenarnya pernah pengsan di lokasi penggambaran? Ketika menjaya filem aksi komedi iaitu Panda Plan, Chan sebenarnya pernah pengsan ketika menjayakan satu babak.

Dalam babak tersebut, leher Chan dicengkam oleh watak lain dan apabila dia mula pengsan, rakan filemnya itu mula melepaskan cengkaman tersebut dan membantu pelakon itu menyedarkan diri.

Selepas kembali sedar, Chan terus bertanya kepada kru filem, "Ah, apa yang kita tengah buat?"

Chan mengatakan yang ketika hendak melakukan lagak ngeri itu, dia sedang menahan nafasnya. Disebabkan itu, dia kemudiannya pengsan.

Dia kemudiannya mengambil rehat sebentar dan menyambung penggambarannya seperti biasa selepas berasa pulih.

"Ia bukan masalah besar, saya perlu berikan jaminan kepada semua. Jika tidak, mereka mahu saya gunakan pelakon lagak ngeri.

"Jika saya duduk saja dan biarkan pelakon lagak ngeri lakukan semua dan mereka cuma rakam wajah saya dari jarak dekat, saya rasa bersalah. Saya mesti buat kerja saya," ujar Chan.

Chan mengatakan yang dia akan terus berlakon selagi mampu untuk bergerak dan bertarung. — The Star/ANNDREA A. WEBBER

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram