Selamat timang cahaya mata ke-3, Eyra Hazali dan Haziq Nadzli dedah nama 'hero'


  • Hiburan
  • Selasa, 01 Okt 2024

Pelakon Eyra Hazali selamat melahirkan anak ketiganya pada Khamis lalu.

PELAKON, Eyra Hazali, 25, selamat melahirkan cahaya mata ketiganya yang juga bayi lelaki di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara pada Khamis lalu.

Dihujani persoalan peminat yang tertanya-tanya akan nama penuh anak hasil perkahwinannya bersama bintang bola sepak negara itu, Eyra atau nama sebenarnya, Hazira Qasdina Hazali berkongsi hal itu di laman Instagram pada Selasa.

"Assalamualaikum Muhammad Hud Ezqandar," ciapnya ringkas bersama beberapa keping foto bersama suami dan anak-anaknya itu.

BACA LAGI: Versi lebih 'nakal', lagu Herman Tino 'Mengapa Dikenang Mengapa Difikir' dapat sentuhan magis Monoloque

BACA LAGI: 'Sentiasa bangkit walau diuji', bekas juara GV7, Cliff Umar kini penghantar makanan Gojek di Indonesia

Di ruangan komen, rata-ratanya mengucapkan tahniah atas kelahiran ketiga pelakon itu.

"Tiga hero, tambah bapa hero jadi mama nak kena jaga semua empat hero," kata jihaaaaa.

"Tahniah comel betul, ni Hayder kembar tiga ni semua muka sama, moga membesar dengan sihat dan baik ye," ujar Hud Ezqandar.

"Comelnya, memang muka mummy sangat la semua tiga hero," tambah alahshaini.

Terdahulu, Eyra mendirikan rumah tangga dengan Haziq yang juga pemain bola sepak pada 1 November 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Muhammad Hayder Qhalish, 4, dan Muhammad Endra Haqimie, 2 tahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram