‘Jika sesuatu yang kau senangi tak terjadi’, status IG Fazura cetus teka-teki punca berpisah dengan Fattah Amin?


  • Hiburan
  • Jumaat, 13 Sep 2024

Fazura memuat naik hantaran InstaStory dipercayai merujuk kepada status perkahwinan bersama suaminya, Fattah Amin pada Jumaat.

KEMELUT rumah tangga pasangan pelakon Fazura dan Fattah Amin dilaporkan semakin berantakan.

Stigma itu bertambah kuat apabila pelakon Gol & Gincu itu memuat naik hantaran InstaStory pada Jumaat, yang jelas menunjukkan dirinya dilanda kesedihan.

"Jika sesuatu yang kau senangi tak terjadi, maka senangilah apa yang terjadi", katanya.

BACA LAGI: Nidza Afham pernah cakap nak jadi terkenal. Satu Malaysia kenal sekarang tapi bukan begini ALLAH — Kakak

BACA LAGI: Baggio Damasutra tak kisah 'jual diri', enggan dimalukan BBNU

Perkongsian itu dikatakan ada kaitan dengan spekulasi ramai mengenai mahligai perkahwinannya yang dikatakan di ambang keretakan baru-baru ini.

6278387510191177900 (1)

Hantaran instastory Fazura pada Jumaat.

Terdahulu, Fattah menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan kononnya rumah tangganya dilanda musibah.

Jelasnya, dia amat menyayangi isterinya kerana sentiasa ikhlas dan menghargainya sebagai suami sepanjang tempoh tujuh tahun perkahwinannya.

Dalam masa sama, pelakon drama Playboy Itu Suami Aku itu turut menyifatkan Fazura sebagai perempuan satu dalam sejuta, selain berasa sangat bertuah memiliki wanita itu sebagai isteri.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.

Berdasarkan laporan media tempatan, Fazura sudah memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor pada Jumaat.

Walau bagaimanapun, kedua-duanya masih belum mendedahkan sebarang butiran terperinci berhubung status perkahwinan mereka setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram