Nidza Afham pernah cakap nak jadi terkenal. Satu Malaysia kenal sekarang tapi bukan begini ALLAH — Kakak


  • Massa
  • Khamis, 15 Ogos 2024

Arwah Nidza Afham sebelum itu dipercayai keluar berjogging di Stadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri sebelum disedari hilang pukul 9 malam Selasa.

"AFHAM pernah cakap nak jadi terkenal. Satu Malaysia kenal adik Kekfa (panggilan Efahanie) sekarang, tapi bukan begini Am (panggilan Afham), bukan begini. ALLAH."

Demikian luahan kakak kepada penyanyi Nidza Afham, Efahanie di aplikasi X susulan kematian adiknya yang ditemui meninggal dunia di Sungai Klang, Selangor kira-kira pukul 7 malam Rabu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan pada Rabu mengesahkan satu mayat lelaki dewasa yang ditemukan di terbabit adalah Nidza Afham atau nama lengkap, Nidza Afham Mokhtar, 23.

BACA LAGI: 'Ada kutuk, perlekeh', pensyarah ADTEC Pahang buktikan inovasi bantu OKU beri pulangan RM80,000

BACA LAGI: Sakit kulit dihidapi jadi ilham Sarah bina Cuura, muncul jenama produk kulit sensitif dipercayai pengguna

Arwah sebelum itu dipercayai keluar berjoging di Stadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri sebelum disedari hilang pada pukul 9 malam Selasa.

Pada masa sama, menerusi hantaran berasingan, Efahanie berkata, selepas menyedari kehilangan adiknya pada malam Selasa, dia dan keluarga terus segera melakukan usaha mencari.

6192676906608999958

Tangkap layar hantaran Efahanie mengenai hasrat yang pernah dikongsikan adiknya.

"Semalam, waktu begini kita sudah di luar aktif mencari semua tempat, moga dapat jumpa Am semula. Sampai petang Kekfa ada di sungai, rasa seperti tak ada hala tuju.

"Kami doa agar ALLAH tunjukkan di mana Am berada. Mulut Kekfa kata reda kalau Am sudah tak ada. Sekarang reda itu berat Am.

"Kekfa masih semangat nak keluar pagi ini sambung cari Am lagi. Kekfa masih harap semua ini tak jadi. Di mana lagi Kekfa perlu cari Am. Bukan begini, kan," tulisnya.

Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu setakat pukul 10.30 pagi Khamis, Efahanie memaklumkan pihak keluarga masih menunggu hasil keputusan bedah siasat.

"Tak tahu nak harap apa. Berharap agar dia pergi bukan dalam keadaan tersiksa," kongsinya.

Efahanie sebelum itu memaklumkan, jenazah Arwah Nidza Afham akan dibawa ke Masjid Puncak Alam untuk diurus dan disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram