Israel lancar serangan darat, sasar kampung-kampung di Lubnan


  • Benua
  • Selasa, 01 Okt 2024

Serangan darat yang kini dimulakan oleh tentera Israel terhadap kawasan kampung di selatan Lubnan pada Selasa. — Agensi

TENTERA Israel memaklumkan pasukannya sudah memulakan operasi serangan darat 'terhad' di selatan Lubnan pada Selasa.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata, serangan darat itu menyasarkan kawasan kampung yang terletak berhampiran sempadan Israel.

Katanya, serangan itu sekali gus menimbulkan ancaman kepada masyarakat Israel di utara Israel.

BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara tak mampu buat hafalan, murid 14 tahun maut dihukum 'squat jump' 100 kali

BACA LAGI: [VIDEO] Cadang sistem ala-ala filem 'The Purge' demi selesai kes jenayah, Donald Trump terima kecaman di AS

Pasukan tentera Lubnan bagaimanapun dilaporkan berundur kira-kira 5 kilometer (km) dari kawasan sempadan tersebut susulan risiko serangan darat yang dilancarkan rejim Zionis itu.

Menurut IDF, kira-kira 10 roket dilancarkan di kawasan Meron di utara Israel yang menyasarkan 'askar musuh' iaitu kumpulan Hizbullah.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller sebelum ini memberitahu bahawa operasi itu turut menyasarkan infrastruktur Hizbullah berhampiran sempadan.

Sementara itu, pertempuran antara kedua-dua pasukan itu di Lubnan yang berterusan itu juga sudah membunuh puluhan ribu nyawa.

Serangan balas antara kedua-dua pihak tersebut dilihat sukar dihentikan disebabkan usaha gencatan senjata yang ditolak mereka. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram