[VIDEO] Bengang TNG dalam MyKad rosak, pemandu bergaduh dengan penjaga tol lepas gagal lepasi palang


  • 112
  • Selasa, 01 Okt 2024

Tangkap layar pergaduhan berlaku di Plaza Tol Perling, Johor Bahru, Johor pada Ahad.

SEORANG pemandu lelaki bertindak luar kawalan apabila dirakam bertumbuk dengan jurutol di Plaza Tol Perling, Johor Bahru, Johor pada Ahad lalu.

Insiden pergaduhan itu dikatakan berlaku apabila kad 'Touch n Go' (TnG) pelaku tidak dapat digunakan dan dihalang daripada melepasi palang tol berkenaan.

Gagal mengawal kemarahan, individu terbabit kemudiannya terus menyerang jurutol terbabit sebelum dihalang beberapa pemandu lain di lokasi kejadian.

BACA LAGI: [VIDEO] Perselisihan faham punca 7 dicekup bergaduh dekat premis hiburan di Skudai

BACA LAGI: Upgrade segera sistem 'sampah' IDME atau lantik golongan siswazah masukkan data pelajar

Video berdurasi tiga minit itu meraih perkongsian ramai dan tular di laman sosial sejak Selasa.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh mengesahkan menerima laporan polis daripada kedua-dua lelaki warga tempatan berusia 30-an itu pukul 10.11 pagi Isnin.

"Siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku pada 29 September sekitar pukul 1.15 petang di pondok Plaza Tol Perling menghala ke Iskandar Puteri, Johor.

"Seorang lelaki tempatan berumur 35 tahun telah mendekati penjaga tol kerana tidak puas hati apabila TnG melalui Mykad tidak dapat digunakan, walaupun terdapat baki wang yang mencukupi untuk melepasi palang tol.

"Perselisihan faham berlaku antara penjaga tol dan lelaki berkenaan sehingga membawa kepada pergelutan antara mereka menyebabkan kedua-duanya cedera ringan di badan dan muka," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gaduh gempar yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh boleh sampai enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau keduanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram