Peminat Masdo sporting habis! Lebih 10,000 meriahkan Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire di Nilai


  • Hiburan
  • Selasa, 01 Okt 2024

Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire di Nilai menerima sambutan hangat daripada pengunjung.

JELAJAH Suria Kuasa 2 Yaya Empire di Nilai, Negeri Sembilan mencatat sejarah tersendiri apabila dikunjungi lebih 10,000 pengunjung sepanjang dua hari program itu berlangsung di pusat beli-belah AEON Mall, Nilai pada Sabtu dan Ahad lalu.

Jumlah itu merupakan kehadiran tertinggi dalam semua acara yang pernah dianjurkan di pusat beli-belah tersebut.

Pengarah Urusan Yaya Empire, Nadia Mat Isa mengakui gembira dengan sambutan di Nilai dan berjaya mencatat jualan produk wangian jenamanya yang mencecah enam angka.

BACA LAGI: Suria FM kongsi rezeki, tawar RM36,000 untuk pendengar setia

BACA LAGI: Suria FM tawar sebahagian RM30,000 kepada pendengar menerusi peraduan 'Selit Duit Suria'

"Kami sangat gembira dengan penyertaan bersama Suria FM dan DJ Lin khasnya dalam jelajah kali ini dan jangan lupa penutup di Kota Bharu, Kelantan nanti yang turut bekerjasama sempena Hari Sukan Negara," katanya.

6332273419722276423

Pengarah Urusan Yaya Empire, Nadia Mat Isa (tengah) turut hadir pada siri jelajah Suria diadakan di Nilai.

Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire bakal berlangsung di lokasi terakhir di Kota Bharu menampilkan artis seperti Floor 88, Afieq Shazwan, Baggio Damasutra, Poey Stings dan Sri Budi Jati.

Sementara itu, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid berkata, perkara itu dimaklumkan oleh pihak pengurusan pasar raya berkenaan.

"Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua pendengar yang menyokong kami di Suria FM dan hadir sepanjang dua hari jelajah berlangsung.

"Juga terima kasih kepada semua barisan artis yang memberikan persembahan terbaik selain sokongan dalam acara yang diadakan termasuk pertandingan KiraOke Suria," katanya.

6332273419722276420

6332273419722276424

Aisha Retno dan Masdo antara artis yang hadir pada Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire di Nilai, Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, kumpulan Masdo menjadi tumpuan utama apabila berjaya mencuri hati penonton yang turut sama menyanyi dan menari bersama mereka daripada semua lapisan umur termasuk kanak-kanak.

Selain Masdo, Aisha Retno, Ezad Lazim, Ruffedge, Baby Shima dan Danial Kifli turut menghangatkan persembahan menghiburkan penonton bersama barisan penyampai Suria FM.

Mengulas mengenai penyertaan penyanyi dikir dalam siri jelajah kali ini DJ Lin memberitahu pihaknya mendapat maklum balas sangat baik daripada pendengar.

6332273419722276421

Pemenang pertandingan KiraOke Suria pada Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire di Nilai.

"Selain menampilkan artis popular, kali ini kami bawakan kelainan dengan kehadiran persembahan penyanyi dikir ini dalam mewarnakan lagi konsert jelajah kami.

"Kesinambungannya akan dijalankan di jelajah Kota Bharu, Kelantan pada 11 dan 12 Oktober ini dengan Pertandingan Nyanyian Lagu Dialek Kelantan menampilkan 10 peserta.

"Kesemua mereka berpeluang merebut hadiah wang tunai tajaan Yaya Empire yang mana empat akan bersaing di peringkat final," katanya.

Kesemua penyanyi dikir berkenaan itu Adik Waniey, Fadil Turbo dan Adam ZBP mengakui sudah mula mendapat perhatian peminat baharu yang mengenali mereka selepas terbabit dalam siri Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram