SIAR: Sejarah 'nama glamour', kenali nama IC bintang filem klasik termasuk Seniman Agung


  • Hiburan
  • Isnin, 30 Sep 2024

P. Ramlee merupakan antara seniman disegani negara.

SUDAH menjadi kebiasaan untuk seseorang artis menggunakan nama samaran atau gelaran selain daripada nama sebenar yang dikhaskan untuk dunia hiburan.

Membawa identiti tersendiri dalam karya lakonan di layar perak, beberapa pelakon zaman klasik dahulu turut menggunakan nama pentas yang lebih dikenali sehingga ke hari ini.

Bahkan, ada juga yang tidak pernah terlintas akan nama sebenar pelakon-pelakon terdahulu kerana kekal menggunakan nama gelaran hingga ke akhir hayat mereka.

BACA LAGI: SIAR: 'Encik.. sound dia rosak, Tipah tertipu bang', baris dialog filem retro kekal malar segar sampai 2024

BACA LAGI: Semerah Padi saksi karya 1,000 tahun P. Ramlee, Seniman Agung papar laungan azan pertama dalam filem Melayu

Buat yang belum mengetahui, Majoriti membawa pembaca mengenali nama penuh dan identiti sebenar artis popular satu ketika dahulu zaman klasik dahulu.

P. Ramlee

Nama penuh seniman negara, P. Ramlee hanya diketahui ramai pada hari pengebumiannya pada 1973.

Bagaimanapun mungkin tidak ramai yang tahu akan fakta tersebut. Pada hari pengebumian, hanya sewaktu talkin dibaca, itulah buat kali pertama masyarakat mengetahui bahawa nama sebenar P.Ramlee ialah Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh.

2916380

Sepanjang hayatnya, beliau telah berlakon dalam 66 filem dengan 35 daripadanya merupakan karya arahannya.

Beliau merupakan antara seniman Melayu yang tampil menggunakan nama pentas sebagai pengenalan dalam dunia seni.

Lebih menarik, bacaan doa talkin itu telah dibacakan oleh Allahyarham Mohamad Rajoli Mohamed Zain atau lebih dikenali dengan nama M.Rajoli yang pada ketika itu berusia 28 tahun dan sedang berkhidmat sebagai salah seorang Imam besar di Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

A.R Tompel

Terkenal dengan filem Do Re Mi (1966) dan Anak Bapak (1968), pelakon dan juga pelawak Allahyarham A.R Tompel merupakan antara seniman disegani sebaris dengan P. Ramlee.

Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa nama sebenarnya anak kelahiran Tanjung Balai, Indonesia ini adalah Aman Ramlie Jaafar.

Pernah mendirikan rumah tangga dengan biduanita negara iaitu Allahyarham Puan Sri Saloma, A.R Tompel mempunyai seramai 18 orang anak hasil perkahwinan dengan enam orang isteri yang mana salah seorangnya merupakan Saloma sendiri.

Selain itu, A.R Tompel juga pernah berkahwin dengan Ruminah Sidek yang merupakan pelakon veteran negara dan kini, legasi seninya diteruskan dua anaknya iaitu Adlin Aman Ramli dan A.R Badul.

Ibrahim Pendek

Fizikalnya yang bersaiz kerdil sejak lahir membuatkan seniman filem Melayu, Ibrahim Pendek atau nama sebenarnya, Ibrahim Hassan cukup dikenali bukan sahaja dalam negara, malah di perinbgkat antarabangsa satu ketika dahulu.

Merupakan anak kedua dalam keluarganya dan satu-satunya yang bersaiz kerdil, lama-kelamaan orang ramai mula menyedari kekurangannya dan mula memanggilnya Ibrahim Pendek.

lakonan-ibrahim-pendek-dalam-the-spiral-road-1962-85

Ibrahim Pendek pernah berlakon filem di Hollywood.

Wataknya dalam filem-filem dihasilkan P.Ramlee cukup memberi kesan kepada penonton hinggakan berjaya menarik minat pengarah filem Hollywood untuk berlakon dalam filem The Spiral Road (1962) dan bergandingan dengan Rock Hudson dan Gene Rowlands.

Beberapa tahun selepas itu, Ibrahim Pendek difahamkan sekali lagi menerima tawaran berlakon luar negara namun tidak kesampaian kerana permohonan visanya tidak diluluskan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram