'Kamu yang mulakan hingga isteri dan anaknya teraniaya', ibu Syamsul Yusof harap 'dia' segera bertaubat


  • Hiburan
  • Ahad, 22 Sep 2024

Syamsul bersama kedua ibu dan bapanya dalam hantaran yang kongsikan ibunya baru-baru ini.

KEPULANGAN pelakon dan pengarah filem Syamsul Yusof, 40, ke pangkuan keluarganya baru-baru ini menjadi bualan hangat industri hiburan tanah air.

Terpalit dalam kontroversi kes perceraian dengan bekas isterinya, Puteri Sarah, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof difahamkan kembali bersua muka dengan ibu bapanya selepas dikatakan sudah lama tidak pulang ke rumah.

Namun, perkongsian terbaharu ibunya, Datin Patimah Ismail di laman Instagram pada Ahad mengundang perhatian ramai.

BACA LAGI: Dulu Apa Celop Toq kini Oh! Makcik, satira sinikal jadi 'makanan' Taiyuddin Bakar bersama Uncure

BACA LAGI: Bangga disamakan Azmi Caliph Buskers, penyanyi 'Yennode Macha' teringin duet bersama Alleycats, Harry Khalifah

Seolah-olah menitip mesej dan pesanan kepada seseorang, Patimah meminta agar masyarakat tidak meletakkan kesalahan kepada anaknya, sebaliknya menujukan 'dia' sebagai individu yang perlu bertaubat dan muhasabah diri atas perbuatan dilakukan.

"Kepulangan anak saya ke pangkuan keluarga atas doa kami semua, jangan letakkan kesalahan kepadanya kerana kamu yang memulakannya.

"Kehidupan isteri dan anak-anaknya juga teraniaya, muhasabah la diri dan keluarga kamu," katanya.

Terdahulu, Datuk Yusof Haslam mengakui dia tidak menyangka bahawa Syamsul akhirnya terbuka pintu hati dan kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun tidak berjumpa pada 9 September lalu.

Katanya, Syamsul sendiri menghubungi ibunya untuk berjumpa di rumah selepas sekian lama mereka terputus hubungan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram