KEMELUT rumah tangga pasangan pelakon Nur Fazura Sharifuddin dan Fattah Amin masih belum terjawab apabila mahkamah menangguhkan kes perceraian mereka ke 7 Oktober depan.
Peguam syarie yang mewakili Nur Fazura iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, penangguhan tersebut dibuat selepas menerima cadangan baharu daripada defendan yang menginginkan kes itu diselesaikan secara baik.
Namun, beberapa jam selepas itu, Fazura menerusi laman Instagram peribadinya pada Rabu tegas menyatakan keinginannya untuk terus menuntut perceraian ke atas suaminya.
BACA LAGI: Dulu Apa Celop Toq kini Oh! Makcik, satira sinikal jadi 'makanan' Taiyuddin Bakar bersama Uncure
"Keputusan yang telah Faz buat pada 13 September lepas bukanlah sesuatu yang diambil dengan ringan tanpa sebarang pertimbangan dan refleksi yang mendalam tentang masa hadapan Fatima dan Faz.
"Pada hari ini, Faz kekal nekad untuk meneruskan keputusan Faz sebelum ini demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz," katanya.
"Mohon doakan Faz dapat menyempurnakan proses ini dengan baik dan lancar. Terima kasih sekali lagi di atas semua kata-kata semangat, sokongan dan semua doa untuk Fatima dan Faz sekeluarga.
Terdahulu, pasangan pelakon terkenal itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada pagi Rabu bagi sebutan kes permohonan perceraian yang difailkan Fazura, dua minggu lalu.
Fazura, yang tiba di mahkamah kira-kira pukul 9.25 pagi mengenakan jubah putih ditemani peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan bersama empat pengawal peribadi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram