Meninggal pada usia 89 tahun, bintang Harry Potter anggap Maggie Smith legenda, bertuah pernah berlakon bersama


  • Hiburan
  • Sabtu, 28 Sep 2024

Dame Maggie Smith atau lebih dikenali sebagai watak Profesor Minerva McGonagall meninggal dunia di usia 89 tahun pada Sabtu.

PELAKON veteran British, Dame Maggie Smith, 89, atau lebih dikenali dengan watak ikoniknya, Profesor Minerva McGonagall dalam siri filem Harry Potter meninggal dunia pada Jumaat.

Mendiang disahkan meninggal di hospital London, England oleh anaknya, Chris Larkin dan Toby Stephens.

"Dame Maggie meninggal dunia di hospital, dikelilingi oleh rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat.

"Sebagai seorang yang sangat menjaga privasi, beliau berada bersama rakan-rakan dan keluarga pada saat akhir," kata anak-anaknya.

BACA LAGI: Semerah Padi saksi karya 1,000 tahun P. Ramlee, Seniman Agung papar laungan azan pertama dalam filem Melayu

BACA LAGI: Asia setanding Hollywood, Jet Li tolak tawaran filem The Matrix, enggan seni kung fu ditiru Barat

Dalam pada itu, bintang yang juga merupakan pelakon utama filem Harry Potter, Daniel Radcliffe, 35, turut merakamkan ucapan takziah atas pemergian Dame Maggie.

Katanya, ia merupakan satu penghargaan dapat bergandingan bersama insan hebat itu dalam Harry Potter.

"Dia seorang yang sangat menawan, juga menakutkan dalam pada masa sama dan seperti semua orang katakan, Dame sangat lucu orangnya.

"Saya sentiasa menganggap sangat bertuah kerana dapat bekerja dengannya dan menghabiskan banyak masa di set penggambaran bersamanya.

"Perkataan legenda telah kerap digunakan tetapi ia terpakai pada sesiapa sahaja dalam industri di sini, maka begitu juga padanya, terima kasih Dame Maggie," ciapnya menerusi hantaran di Instagram pada Sabtu.

Untuk rekod, Dame Maggie telah memenangi dua Anugerah Akademi Oscar: Pelakon Wanita Terbaik bagi filem The Prime of Miss Jean Brodie pada 1970 dan Pelakon Pembantu Terbaik, California Suite (1979).

Mendiang kemudiannya mencetuskan fenomena peringkat global apabila melakonkan watak sebagai Violet Crawley dalam Downton Abbey, serta Profesor Minerva McGonagall dalam siri filem Harry Potter. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram