BERDEPAN dua pertuduhan amang seksual, pendakwah selebriti Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman dihukum penjara selama 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen, Klang, Selangor pada Jumaat.
Tertuduh melakukan perbuatan jijik itu terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun pada dua tahun lalu.
Hakim Noridah Adam memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan yang mewakili Azman Syah, 43, gagal menimbulkan keraguan munasabah diakhir pembelaan kes itu.
BACA LAGI: PU Azman didakwa lagi, kali ini 2 tuduhan amang seksual remaja lelaki
Bagi pertuduhan pertama, hukuman penjara 12 tahun dan satu sebatan manakala pertuduhan kedua, jumlah penjara sama dan satu sebatan yang mana hukuman itu berjalan secara berasingan.
Mahkamah juga turut memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling selain pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai hukuman. — Majoriti
Terdahulu, mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie, menyebabkan Azman diperintahkan membela diri.
Dia berdepan dua pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap seorang remaja di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang, Klang pada 20 Februari dan 29 Jun 2022.
Azman didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. — The Star/LO TERN CHERN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram